Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nafi Ditahan Polis, Zarina Anjoulie Bagi RM1000 Cabar Netizen Tunjuk Bukti

Akui Anju, hampir setiap hari dia akan ke balai polis berhampiran namun ia berkaitan dengan isu yang lain. 

by Khai Azfar
June 30, 2021
Share on Facebook

Selepas namanya dikaitkan dengan berita penahanan seorang selebriti wanita kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine semalam, pelakon Zarina Anjoulie akhirnya tampil membuka mulut.

Anju Nafi Ditahan

Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram termasuk Instagram live nya sebentar tadi, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menafikan bahawa dia telah ditahan polis.

Bagaimanapun, akui Anju, hampir setiap hari dia akan ke balai polis berhampiran namun ia berkaitan dengan isu yang lain.

“Aku kena gari ke? Sekarang ini pun aku memang hari-hari pergi balai sebab ada kes yang berjalan dengan benda lain. Jadi ada ke gambar aku ditahan masuk lokap? Tak.. Ada ke gambar aku kena gari? Tak.. sebab jelas aku non stop live dari Isnin aku buat story, aku buat live” ujarnya dalam IG Live

Cabar Netizen Tunjuk Bukti

Dalam pada itu, Anju turut mencabar netizen untuk membuktikan bahawa dirinya telah ditahan reman oleh pihak polis seperti yang tular di media sosial. Jelasnya wang tunai RM1,000 akan diberikan kepada mereka yang berjaya buktikannya.

“Bila masa aku kena reman? Kalau korang pergi IPD Nilai, pergi cari polis aku boleh bagi dan ko call cakap aku kena reman, aku bagi ko RM1000 kalau boleh buktikan aku kena reman okay”

“Ini janji aku. Ada tak bukti aku kena reman? Kalau jamin polis dan sangkut urine pun kau tetap kena masuk lokap, faham tak, 12 jam”  tegas Anju

Terdahulu, memetik laporan Sinar Harian, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menahan seorang pelakon wanita pada Isnin selepas didapati positif dadah. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pelakon berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 9.15 malam ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Chalet di sini.

“Pelakon itu dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai bagi tujuan saringan awal dan mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bagaimanapun pelakon itu dilepaskan dengan jaminan polis.

“Jangan Kacau ‘Baby’ Saya!” – Zarina Anjoulie Pertahan Ameera Khan, Sindir Netizen Suka Doa Buruk
zarina anjoulie
https://lomp.at/oabup
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara