• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zarina Zainuddin Dedah Ada Wanita Cantik Dan Baik Asal Indonesia Sanggup Berkahwin Anak Autistiknya

by Puteri Alia
March 10, 2023
VIA Google

VIA Google

Share on Facebook

Perkahwinan adalah fitrah manusia, tanpa mengira kesempurnaan fizikal mahupun mental seseorang. Hal ini kerana jelas bahawa sudah menjadi firtah manusia mahukan cinta, kedamaian, ketenangan dan sebagainya.

Justeru, dengan perkahwinan, setiap orang boleh mendapatkan apa yang mereka inginkan dari segi emosi, fizikal dan rohani.

Perkahwinan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW dan sangat digalakkan kepada individu yang berkemampuan sepertimana yang telah disebut dalam al-Quran Surah al-Rum ayat 21.

Malah, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga sebenarnya mempunyai hasrat yang sama seperti golongan normal untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Namun, persoalannya adakah mana-mana individu yang mahu hidup mati bersama insan-insan istimewa yang sudah dijanjikan syurga ini?

“Kalau sudah jodoh tidak akan ke mana”, namun masih terpakai kah rangkap kata azimat ini jika disoal mengenai perkahwinan anak kurang upaya (OKU) yang mungkin akan mempunyai kekangan dalam melakukan tanggungjawab berat sebagai suami-isteri serta kelak sebagai ibu-bapa.

Berbahas mengenai isu ini, pelakon Zarina Zainuddin berpendapat dia tidak berniat menganiaya wanita yang sudi berkahwin dengan anaknya yang menghidap autisme tahap sederhana, Muhammad Raizal Azrai atau Azal, 26 yang kini sudah mempunyai rasa ingin kahwin.

VIA Google

“Permintaan Azal terlalu tinggi…mestilah wanita itu mahu orang yang lebih bagus…” -Keluh Zarina

Menerusi video yang dikongsi di TikTok oleh akaun @keluarga.my,  Zarina merasa sangat sebak dan terkilan kerana tidak mampu menunaikan permintaan anaknya yang ingin berkahwin dengan wanita cantik berambut panjang.

Katanya, mustahil untuk memenuhi kriteria yang diinginkan dengan keadaan anaknya yang serba kekurangan itu, namun dalam perkongsian video berkenaan, Zarina membuat pendedahan bahawa dia ada menerima mesej daripada seorang wanita cantik berasal dari Indonesia yang meluahkan sanggup mendirikan rumah tangga dengan anak autismenya.

Bagaimanapun, Zarina kemudian berada sedikit terkilan kerana anaknya hanya ingin berkahwin dengan wanita cantik tanpa mengenakan hijab. Tidak melatah dengan kecaman netizen, Zarina, menjelaskan, sebagai ibu, dia lebih mengenali anaknya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kekuatan seseorang yang bergelar ibu seperti Zarina ini sebagai tabah dan meminta pelakon itu tidak berputus harapan, malah ada jugak yang menitipkan doa buat insan istimewa itu untuk mendapat jodoh yang baik.

Justeru, tanpa mahu mengecewakan anak kesayangannya itu, Zarina menjanjikan anaknya bahawa bakal ada bidadari syurga yang akan menunggunya di Syurga kelak.

VIA TikTok

Tambah Zarina, anaknya seolah-olah sudah boleh menerima keadaan serta kekangan yang ditanggungnya untuk tidak dapat mendirikan rumah tangga yang sempurna serta tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada mana-mana wanita.

“Mungkin jodoh awak tak ada di dunia ini, tapi dekat sana nanti awak akan dapat bidadari” – Jelas Zarina

Bagaimanapun, tiada apa yang mustahil kerana soal ajal, jodoh dan maut itu semuanya rahsia Allah, jika sudah tertulis jodohnya maka siapa kita mahu menyangkal lagi.

Murai MY sentiasa mendoakan kebahagiaan buat Zarina dan anak-anak istimewanya supaya cekal menghadapi segala apa jua rintangan dalam kehidupan.

anak zarina zainuddinzarina zainuddin
https://lomp.at/4ezhv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
via Instagram /@tyaarifinw
Lokal

[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai

by Iffah Najwa
December 22, 2025

Keperibadian usahawan dan menantu kepada penyanyi ternyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin, sekali lagu mencuri perhatian warganet...

Read moreDetails
Foto - @neeraazizi (IG)
Lokal

‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Neera Azizi Tuai Kecaman Ramai- “Bukan Nak Joykiller Tapi Kecewa”

by Nurul A.
December 17, 2025

Aktres dan penyampai radio Rakita FM, Neera Azizi menjadi perhatian orang ramai selepas membuat acara pendedahan jantina (gender reveal) di...

Read moreDetails
Lokal

Sajat Berang Didakwa Sudah Meninggal Di London!-“Saya Masih Hidup Ya..”

by Naddy Joe
December 22, 2025

Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa dia sudah meninggal dunia seperti yang tular...

Read moreDetails
Lokal

Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

by Naddy Joe
December 15, 2025

Pelakon, Datin Lisa Surihani berkongsi rasa kagum dengan pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim ketika bertemu di malam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore