Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Zarina Zainuddin Nafi Jual Produk Beracun

by Khai Azfar
October 3, 2019
Share on Facebook

Kecewa dan sedih! Itulah yang digambarkan oleh pelakon Zarina Zainuddin setelah dia diperdaya oleh seorang individu yang tidak dikenali sehingga mengakibatkan kediamannya diserbu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Didenda RM 17,500

“Individu itu call saya dan tanya mengenai produk itu. Saya cakap, saya kena tengok dulu kulit dia baru boleh cadang apa produk yang sesuai. Dia setuju untuk datang kejap lagi. Bila berjumpa saya tengok kulitnya elok saja tak ada pun jeragat atau kulit kusam.

“Saya sarankan whitening cleansing gel, whitening toner dan moisturiser… tapi dia cakap dia nak cerah, dia tak nak yang ni… dia tanya set percubaan ada tak sebab dia ada RM75 sahaja.

“Saya cakap, adik produk ni untuk kulit yang kusam, yang ada jeragat… kulit dia tak perlu pakai produk itu. Tapi dia nak 3 in 1 tu juga sebab kawan dia pakai cantik dah kulitnya”

Dalam serbuan tersebut, Zarina turut didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki dan menjual kosmetik tidak bernotifikasi, 9 Januari lalu. Zarina selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah selepas enam pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M Bharat.

Zarina cuba menepis telefon bimbit seorang wartawan yang cuba mengambil gambarnya.
Gambar : Harian Metro

Bagi pertuduhan pertama, pelakon yang berusia 48 tahun ini selaku pengarah Syarikat Addura Marketing Sdn Bhd didakwa menjual satu set kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter ).

Bagi pertuduhan kedua, Zarina didakwa memiliki tiga set saman dan pertuduhan ketiga hingga keenam, Zarina didakwa atas pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifikasi masing-masing 68 kotak Addura Black Soap; 279 bekas Addura Day Cream; 89 bekas Addura Day Cream (tujuh gram); dan 205 bekas Addura Day Cream (10 mililiter).

“Dulu Sibuk Sampai Lupa Mengaji” - Zarina Zainuddin Tak Malu Belajar Semula Dari Iqra’ Pertama

Nafi Jual Produk Timbang Kilo 

Dedah Zarina menerusi laman Instagram nya, pada 9 Januari lalu, dia telah dia didatangi oleh seorang individu yang meminta bantuannya dalam menyelesaikan masalah kulit.

Menafikan bahawa produk yang dijualnya adalah beracun dan timbang kilo, Zarina akui produk tersebut sudah lama tidak berada di pasaran kerana berdepan beberapa masalah dan terpaksa didaftarkan semula kepada Kementerian Kesihatan.

“Selepas tiga minit satu team datang… kami dari Kementerian Kesihatan baru sebentar tadi puan ada menjual satu set produk tanpa notifikasi (pendaftaran).

“Jadi kami nak buat pemeriksaan sekarang. Tercengang saya… Ya Allah awak ni aniaya saya betul, awak yang beria nak beli, lepas tu awak kenakan saya.

“Saya mati-mati ingat awak ni orang baik-baik. Jahatnya awak berlakon macam tu” katanya.

Bagaimanapun, hasil tinjauan terkini kami mendapati pelakon ini sudah memadam posting berkenaan.

zarina zainuddinzarina zainuddin didenda
https://lomp.at/q32zo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara