Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Zaujahku, Aku Meredaimu Kerana Allah” – Suami Heliza Redha Isteri Antara 17 Sukarelawan Malaysia “Diculik” Israel

by Puteri Alia
October 2, 2025
Share on Facebook

“Aku meredaimu kerana Allah. Jumpa nanti insya-Allah.” Itulah kata-kata penuh ketabahan dan kasih sayang seorang suami, usahawan Datuk Mahadi Badrul Zaman, ketika melepaskan isterinya yang juga penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi, menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Biarpun berat hati, Mahadi, 41, menguatkan jiwa dengan doa dan reda, menyerahkan segalanya kepada Allah demi perjuangan kemanusiaan yang dibawa oleh isterinya bersama rakan-rakan pejuang lain.

Menurut Mahadi, sebanyak 34 sukarelawan dari Malaysia berada di atas kapal menuju ke Gaza, membawa amanah rakyat dan doa yang tidak pernah putus. Salah seorang daripadanya ialah Heliza, wanita yang selama ini dikenali kerana jiwa besarnya dalam kerja-kerja amal dan kemanusiaan. “Teruskan berdoa lebih dari biasa, semoga semuanya selamat sampai dan pulang dengan kemenangan. Wahai rakyat Malaysia, jangan hentikan doa buat para pejuang Global Sumud Flotilla yang kini berlayar di perairan Gaza,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram.

Heliza, 39, pula menzahirkan rasa syukur atas keizinan dan keredaan suaminya yang menjadi penguat semangatnya untuk terus berlayar menunaikan misi. “Terima kasih kerana memberi keizinan dan reda. Ku serahkan dirimu dalam penjagaan Allah. Amin,” tulisnya ringkas namun penuh makna, tanda ikatan cinta mereka berpaksikan iman.

Namun, perkembangan terkini menimbulkan kebimbangan apabila setakat jam 8 pagi waktu tempatan, 17 rakyat Malaysia termasuk Heliza dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipercayai dipintas. Situasi ini menambahkan debaran keluarga dan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti rapat misi bersejarah itu.

Antara sukarelawan yang disahkan ditahan ialah penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, selain beberapa nama lain termasuk Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil (Alma), Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli atau lebih dikenali sebagai Sirius. Mereka adalah antara wira kemanusiaan yang nekad mempertaruhkan keselamatan diri demi membela nasib rakyat Gaza.

[VIDEO] Yusuf Bahrin Bimbang Keselamatan Zizi Kirana- "Saya Dah Try Mesej Call Dia"

SNCC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sembilan kapal kini berada dalam status ‘diserang’, manakala 13 kapal lain telah menghantar isyarat kecemasan. Keadaan itu menzahirkan betapa gentingnya misi kali ini, sekali gus menggandakan harapan agar doa rakyat Malaysia tidak pernah terhenti untuk keselamatan mereka.

Di sebalik situasi getir itu, ketabahan Mahadi melepaskan isterinya dengan penuh reda menjadi simbol kekuatan cinta dan iman. Heliza pula, dengan jiwa besar sebagai seorang Muslimah dan aktivis, terus mengukir langkah berani di medan perjuangan. Misi ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi sebuah pengorbanan yang menggetarkan hati seluruh umat Islam yang mendambakan keadilan buat saudara mereka di Gaza.

gsfheliza helmi
https://lomp.at/th8mg
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Lokal

Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal terhadap salah seorang pekerja baru di syarikatnya yang sanggup mencuri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara