Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zizi Kirana Tempelak Pembuli -“Manusia Kosong, Pengecut & Tak Mampu Hadap Diri Sendiri”

by Puteri Alia
August 12, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan penulis lirik, Zizi Kirana lantang menyuarakan pandangannya mengenai isu buli yang kembali menjadi tumpuan selepas kematian tragis pelajar, Zara Qairina. Bagi Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, golongan pembuli bukanlah hebat seperti yang mereka sangka, sebaliknya terdiri daripada individu yang tidak yakin pada diri sendiri dan memiliki jiwa yang lemah. Menurutnya, sifat manipulatif, rasa tidak selamat (insecure) dan ketiadaan empati hanyalah topeng untuk menutup hakikat sebenar bahawa mereka tidak mampu berdepan kelemahan diri sendiri.

“Pembuli tidak pernah hebat, dia cuma manusia kosong yang takut tengok orang lain lebih daripada dia. Dia pijak orang bukan sebab dia kuat tapi dia lemah. Manipulatif, ‘insecure’ dan tiada empati, semua itu topeng untuk sorok hakikat yang dia tak mampu hadap diri sendiri. Kau nak tahu siapa yang ‘loser’ sebenarnya? Dialah orang yang perlu jatuhkan orang lain untuk rasa bernilai,” tegasnya dalam satu hantaran di Threads.

Pandangan lantang pelantun lagu Eh itu turut menerima sokongan ramai yang bersetuju bahawa pembuli sebenarnya pengecut kerana hanya berani apabila berada dalam kumpulan, demi mencipta ilusi kekuatan. Ada yang menitipkan doa agar arwah Zara Qairina mendapat pembelaan sewajarnya, sambil menyeru agar keadilan ditegakkan demi mengakhiri budaya tidak bermoral itu.

Kes Zara Qairina sebelum ini menggemparkan negara apabila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut, Papar, itu dilaporkan meninggal dunia pada 16 Julai lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama. Ibu mangsa, Noraidah Lamat, tampil menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anaknya. Pada 9 Ogos lalu, mayat remaja berusia 13 tahun itu digali semula dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat sebelum dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang.

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tragedi itu telah mencetuskan gelombang kemarahan rakyat Malaysia, sekali gus mengundang lebih banyak suara lantang daripada pelbagai pihak termasuk selebriti seperti Zizi Kirana yang mahu budaya buli dibanteras sepenuhnya, bukan sekadar dibincang setiap kali tragedi berlaku.

zizi kirana
https://lomp.at/8ebhe
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara