Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Zizie Izette Mula Terima Hakikat Pemergian Suami-“Saya Pendam Kesedihan Dalam Diam..”

by Naddy Joe
December 12, 2025
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Zizie Izette membuat perkongsian luahan hatinya setelah genap seminggu pemergian suami, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 5 Disember lalu.

Zizie menerusi hantaran di Insta Stories, menyatakan bahawa dia secara perlahan-lahan mula menerima hakikat bahawa suaminya sudah tiada, namun itu tidak bermakna rasa rindu terhadap Allahyarham.

“Apa yang saya mahu katakan tidak bermaksud saya kurang merindui awak. Kini sudah tujuh hari sejak awak awak pergi. Dan hari ini, saya melihat diri saya boleh sedikit senyum, sedikit ketawa. Hati saya terasa ringan sedikit,

Bukan kerana cinta telah pudar, tapi kerana saya secara perlahan-lahan menerima awak benar-benar sudah tiada. Dan saya mahu awak lihat saya sedikit bahagia.”-kongsi Zizie di Instagram Story

Memendam Kesedihan Dalam Diam

Tambah Zizi, dia banyak memendam duka dan berkabung secara diam selain cuba untuk menjadi lebih kuat demi arwah suaminya yang sudah seminggu pergi meninggalkannya itu.

“Awak tahu saya berkabung, memendam kesedihan secara diam. Tapi untuk hari ketujuh tahlil ini, saya cuba menjadi kuat untuk awak. Saya tahu awak tidak mahu melihat saya sedih sepanjang masa.

Saya juga tahu awak akan jadi orang pertama yang mahu melihat saya terus hidup, ketawa, dan terus melangkah ke hadapan.

Malam ini kami berkumpul mengingati awak, kebaikan awak, hati awak yang pemaaf, cara awak sentiasa memilih untuk bersangka baik dengan orang.”-tambah Zizie

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/AQPNMPqluqZ8sVjF4FtvidzzX01_qsm_wkHCcZqv-tEwNeLoDepC696jDvKTmXBl1l9MA-pPXp2pAWYCgBHDrzSoxnRQfuYb.mp4

Sekadar info, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta pada 5 Disember lalu, dan pemergian itu disahkan oleh anaknya Naim Kurniawan Moktar.

Bung Moktar meninggal dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimudin bersama tiga anak dan Zizie Ezette Abdul Samad bersama empat anak.

"Terima Kasih Untuk 16 Tahun.."-Zizie Izette

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Satuk Seri Bung Moktar Radin agar rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah..

Zizie Izette
https://lomp.at/my4iw
Share24Tweet15SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara