Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zulin Aziz Tampak Bahagia Dengan Suami Di Media Sosial, Peminat Tidak Jangka Rumah Tangga Sebenarnya Bergolak

by Puteri Alia
April 17, 2023
Share on Facebook

Dunia digital pada hari ini, kebanyakan orang berlumba-lumba memuat naik kebahagiaan masing-masing di laman media sosial untuk menjadi tatapan umum.

Justeru bersederhana adalah pilihan yang bijak sekiranya memilih untuk berkongsi kebahagiaan untuk tatapan umum.

Selain itu, katanya, isteri atau pasangan yang terbuka untuk berkongsi kebahagiaan dan kebaikan pasangan juga perlu terbuka untuk menerima situasi suami disukai oleh orang luar.

Perkongsian yang kerap tidak mustahil akan menjadikan seseorang mengidolakan pasangan sehingga mempunyai rasa untuk memiliki pasangan yang sama.

Oleh yang demikian, perkembangan pesat media sosial pada ketika ini menjadi antara cabaran terbesar dalam perkahwinan.

Ia merupakan dunia tanpa sempadan yang membolehkan orang ramai berkomunikasi dari mana-mana sahaja.

Baru-baru ini kecoh di laman sosial berkenaan perkongsian luahan pelakon dan pengacara, Zulin Aziz menerusi kapsyen Instagramnya seolah-olah memberi bayangan dia dan suaminya, Farhan Norzaini sudah bercerai.

“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. Insya-Allah, masa merawat semuanya. Terima kasih untuk segala-galanya. Jaga diri,” ujarnya.

Malah menerusi Instastory, Zulin, 34, turut memaklumkan dia tidak dapat memberi sebarang penjelasan berhubung status perkahwinannya yang berusia satu tahun.

“Saya minta maaf jika saya tidak dapat beri apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja, biarlah kami yang tahu. Biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.

“Hanya mohon doa kalian dan harap kami dapat jalani kehidupan yang baik pada masa depan dengan haluan masing-masing. Tiada apa yang mahu dikongsi, semoga Allah jaga rapat aib kami,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan perasaan terkejut serta tidak menyangka bahawa rumah tangga pengacara ini sebenarnya sedang goyah.

Hal yang demikian kerana kebanyakkannya menyangka pasangan ini tampak bahagia serta mesra menerusi setiap perkongsian yang di muat naik menerusi media sosial miliknya.

"Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula..."-Zulin Aziz Tuju Pada Siapa?

Ada yang berpendpaat bahawa tidak semua perlu dikongsi di media sosial dan jika bahagia tidak semestinya perlu tayang semua kepada tatapan umum.

Bagaimaapun, Semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing dengan tujuan dan keperluan sendiri.

Segelintir daripada kita teruja berkongsi kebahagian dan setengahnya selesa menyorok setiap kegembiraan kerana inginkan privasi. Oleh sebab itu tak semua yang memilih untuk berkongsi segalanya di media sosial.

Namun, setiap daripada kita perlu menghormati hak dan privasi masing-masing.

Memetik laporan berita, Zulin memohon untuk menghormati permintaanya serta membuat keputusan untuk menutup aib masing-masing tanpa perlu bercerita kepada umum.

“Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk ‘healing’ (tenang). I will come back stronger (Saya akan kembali lebih kuat). Thank you so much (terima kasih banyak),” tulisnya berserta emoji lengan berotot dan mohon maaf.

Malah, ada segelintir netizen terkejut dan beranggapan mungkin ini juga merupakan strategi pemasaran.

Bagaimanapun, ramai di antaranya termasuk rakan selebriti mendoakan agar Zulin tabah, sabar dan kuat semangat dengan ujian dihadapi.

Sebagi rekod, pada pada 20 Februari tahun lalu, Zulin dan Farhan bernikah di Masjid Negara dalam majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (Jawi).

Selama 14 bulan berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

zulin aziz
https://lomp.at/uxkc2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Hampir 5 Tahun Perkahwinan, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Sah Cerai Talak 1- “Semua Dah Selesai”

by Nurul A.
April 2, 2026

Nampaknya teka-teki mengenai status rumah tangga penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusof Bahrin akhirnya terjawab. Selepas hampir lima tahun perkahwinan,...

Read moreDetails
Spotlight

Musuh Terbesar Penyanyi… Rozi Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Siti Nurhaliza Buat Konsert di TV2

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Ramai peminat mungkin tak sedar, di sebalik persembahan gemilang Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam konsert ‘Aku Cinta Padamu – 30...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara