• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

10 Fakta Menarik Tentang Song Ji Hyo – Ace Of Running Man

by Jash Lee
August 21, 2021
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut saja nama Song Ji Hyo, pasti ramai yang mengenali gadik cantik manis ini. Nama ini juga begitu sinonim dan merupakan salah satu anggota tetap dalam rancangan realiti ‘Running Man’. Nama sebenar gadis ini adalah Cheon Seong-Im yang dilahirkan pada 15 Ogos 1981 di bandar Pohang, Gyeongsang Utara, Korea Selatan.  Song Ji Hyo yang kini berusia 40 tahun selalu menjadi perhatian. Selain memiliki wajah yang sangat cantik, dia juga memiliki keperibadian yang sangat unik dan menarik. Anda mesti ingin tahu apakah fakta menarik dan unik tentang Song Ji Hyo bukan? Di sini kami senaraikan untuk anda. Jom kita tengok!

1. Dikenali dengan nama Ace Ji Hyo

via Pinterest

Dalam rancangan ‘Running Man’ yang masih ditayangkan dan sangat popular ini, Song Ji Hyo selalu tampil ceria dan penuh semangat namun agak pendiam. Jadi, tidak hairanlah dalam beberapa episod yang disiarkan dalam rancangan ini, dia banyak mengalahkan beberapa anggota lain, dimana kebanyakannya adalah lelaki. Dia juga sering memenangi dalam permainan dan dari situlah dia mendapat julukan sebagai Ace Ji Hyo.

2. Digelar Mong Ji

via Pinterest

Walaupun Song Ji Hyo memiliki wajah yang cantik namun dia juga mempunyai ekspresi wajah yang kelihatan seperti orang yang selalu ‘blur’. Oleh kerana ekspresi wajahnya yang sering kelihatan bingung, anggota lain dalam Running Man telah menggelarnya Mong Ji atau Ji Hyo yang ‘blur’.

3. Sangat Rapat Dengan Adik Lelakinya

via gempak.com

Dalam satu episod khas dalam rancangan Running Man yang berjudul ‘ Real Family Outing’ dimana setiap ahli harus membawa salah seorang daripada ahli keluarga mereka ke set. Pada kesempatan itu, Song Ji Hyo telah membawa adiknya, Chung Sung Moon. Song Ji Hyo juga memberitahu bahawa hubungan dia dan adiknya sangat rapat. Mereka juga sering berkongsi masalah peribadi dan selalu berkongsi dengan adiknya akan gambar-gambar yang telah dimuatnaik olehnya di media sosial.

4. Suka Menghantar ‘Coffee Truck’

via mstar.com.my

Selain cantik, Song Ji Hyo sangat terkenal dengan peribadi yang baik dan suka memberi perhatian kepada semua orang. Salah seorang ahli dalam Running Man mengatakan bahawa Song Ji Hyo sering menghantar ‘coffee truck’ kepada rakan artisnya untuk menunjukkan sokongan terhadap projek yang sedang mereka jalankan. Ianya juga sebagai salah satu cara artis Korea menyokong profesion sahabat mereka. Walaupun ini adalah perkara yang biasa di sana, namun ramai yang suka menerima kopi dari selebriti terkenal, Song Ji Hyo.

5. Lulusan Kookje College

via channel.korea.com

Di dalam rancangan Running Man, Song Ji Hyo sangat terkenal kerana selalu berjaya menyelesaikan misi dalam permainan. Walaupun begitu, dalam bidang akademik juga, Song Ji Hyo adalah lulusan universiti dari Kolej Kookje dalam jurusan cukai dan perakaunan. Dia bukan sahaja pandai dalam akademik, berjaya dalam dunia hiburan malahan dia juga terkenal dalam pertunjukan fesyen dan model di Korea.  Jadi tidak salah sekiranya Ji Hyo memang layak mendapat gelaran anggota paling pintar dalam rancangan Running Man.

6. Dipanggil Chupa Chups Ketika Kecil

via blogspot.com

Dalam sebuah rancangan radio ‘2 0 clock date’ yang telah dihoskan oleh Ji Seok Jin, Song Ji Hyo ada menceritakan tentang masa kecilnya yang sangat menarik dan lucu. Dia mengatakan dia memiliki badan yang cukup tinggi tetapi setiap kali dia duduk tubuhnya akan kelihatan lebih pendek kerana bentuk bahu yang kecil dan sempit membuatkan kepalanya kelihatan lebih besar. Oleh itu, Song Ji Hyo dipanggil Chupa Chups oleh rakan-rakannya ketika kecil.

7. Peranan Sebagai Ballerina

via Pinterest

Sebelum menjadi pengisi program rancangan realiti, Ji Hyo sudah sememangnya terkenal sebagai pelakon yang berbakat besar. Salah satu drama yang telah menaikkan namanya adalah ‘Princess Hours’ dimana Ji Hyo membawakan watak sebagai ballerina yang bernama Hyo-Rin. Dilancarkan pada tahun 2006, drama romantis mengenai cinta putera mahkota ini telah membuatkan para pelakonnya berada di puncak yang tinggi, baik di Korea malahan di seluruh dunia.

8. Suka Tidur

via YT

Satu lagi fakta menarik tentang Song Ji Hyo ialah dia sangat suka tidur. Anggota Running Man juga menggelarnya sleepyhead oleh kerana Song Ji Hyo sering dilihat tidur ketika berada di set. Dikatakan, Song Ji Hyo boleh dan mudah tidur di mana dan bila-bila sahaja dalam masa 3 saat. Dia juga pernah betul-betul tidur di atas jengga setinggi 7 meter dalam misi permainan rancangan tersebut dan dalam satu episod yang lain yang berjudul ‘sleep battle’. Song Ji Hyo dengan begitu mudah tertidur.

9. Menari ‘Hot Issue’

YouTube video

Hot Issue yang dipopularkan oleh kumpulan ‘4 minute’ memang cukup terkenal. Pergerakan tarian yang mudah diikuti dengan muzik yang ceria telah membuatkan Song Ji Hyo suka meniru gaya tarian yang biasanya dilakukan oleh Hyuna dan rakan-rakannya. Song Ji Hyo mengaku yang dia sebenarnya tidak pandai menari tetapi dia sering melakukan gerakan tarian Hot Issue.

10. Selalu Menang Dalam Misi Solo

via Berita

Sebagai salah seorang anggota tetap wanita di dalam rancangan Running Man, Ji Hyo sering diminta untuk menunjukkan sikap kompetitif dalam setiap misi yang diberikan pada setiap episod. Kerana dia memenangi terlalu banyak misi solo dan sering juga digelar ‘Gold Ji Hyo’. Program yang sering menunjukkan kemampuan fiikal ini telah menjadi program hiburan kegemaran ramai ditambah pula dengan pemainnya yang lucu dan misi permainan juga berbeza-beza dalam setiap episod.

Itulah antara10 fakta menarik dan unik tentang Song Ji Hyo. Selamat berhujung minggu!

runningmansongjihyo
https://lomp.at/litnw
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Afwa Tutup Telinga Semasa Siti Nurhaliza Menyanyi, Netizen Terhibur

by Noah Ab
August 26, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang sedang bernyanyi di majlis perkahwinan anak tirinya itu, namun yang...

Read more
Lokal

“Sehari Pun Tak Pernah Tak Bercakap” – Jefri Nichol Akui Hidup Lebih Tenang Sejak Bercinta Dengan Ameera Khan

Aktor popular Indonesia, Jefri Nichol akhirnya mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang dan sederhana sejak menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh...

Read more
by Puteri Alia
October 7, 2025
Lokal

Abby Abadi Kesal Dituduh Netizen Fitnah Fattah Amin & Amira Othman?-“Berlebih-Lebih Je Korang Ni..”

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila dirinya telah dituduh melemparkan fitnah terhadap pasangan selebriti Fattah Amin dan...

Read more
by Naddy Joe
October 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang membebel oleh kerana Aaisyah salah susunan ketika membasuh pinggan dan...

Read more
by Noah Ab
November 6, 2025
Berita

Tindakan Fattah Amin Buktikan, ‘Bau Busuk Tidak Berbangkai’ Bawa Padah

Kalian pernah dengar simpulan bahasa “bau busuk tidak berbangkai”? Maksudnya, kalau dah menipu atau menabur fitnah, lama-lama pasti akan terbongkar...

Read more
by Zaidin Albert
September 4, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Manja Datuk Khalid Apabila Bersama Siti Nurhaliza Buatkan Netizen Teruja

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kompilasi video suami kepada Biduanita Negara iaitu Datuk Khalid yang mesra dan manja...

Read more
by Noah Ab
November 13, 2025
Foto - The Straits Times
Korea

[VIDEO] Gara-Gara Dialog Kontroversi Dalam ‘Tempest’, China Boikot Gianna Jun

Siri drama baharu di Disney+ iaitu 'Tempest', yang dibintangi oleh aktres Korea Selatan iaitu Gianna Jun telah mencetuskan kemarahan yang...

Read more
by Nurul A.
September 25, 2025
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Keadaan Aliff Syukri Terpaksa Jalani Pembedahan Patah Tulang

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berkongsi keadaan suaminya yang terpaksa menjalani pembedahan di...

Read more
by Naddy Joe
September 11, 2025
Lokal

[VIDEO] “Ellie Suriaty Artis Paling Beradab”-Fauziah Ahmad Daud

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ellie Suriaty yang merangkul anugerah dalam kategori pelakon pembantu wanita terbaik FFM yang...

Read more
by Noah Ab
November 3, 2025
Lokal

“Saya Tak Beradab, Saya Mohon Maaf” – Nadzmi Adhwa Akui Silap Persoal Petugas Klinik Tengah Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mempersoalkan ketiadaan petugas kaunter di sebuah klinik kesihatan tanpa menyiasat...

Read more
by Puteri Alia
November 7, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seseorang Yang Sentiasa Diinginkan” – Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh

  2. 2

    Ditinggalkan Di Lebuh Raya: Adira Pilih Untuk Tenang, Datuk Red Akui Kesilapan

  3. 3

    Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Achey Lihat Aksi Anaknya Memancing, Buatkan Ramai Terhibur

  5. 5

    ‘Mohon Cabut Je Tudung’ – Gambar Neelofa Dikecam Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem