Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

by Ayu Kamaruddin
February 27, 2026
1.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat semua rakyat Sabah, Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Sabah 2026 diteruskan lagi tahun ini dengan bayaran RM200 sebulan, bersamaan RM2,400 setahun untuk Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah agenda Sabah Maju Jaya, dengan semakan dan permohonan dibuat melalui sistem rasmi negeri seperti Program Sentuhan Kasih Rakyat dan pangkalan data PADANS. Kalau anda atau keluarga tergolong dalam kategori yang layak, ini yang perlu anda tahu.

SYUKUR Sabah 2026 - Semakan Status & Tarikh Bayaran

Apa Itu SYUKUR Sabah 2026?

SYUKUR Sabah ialah bantuan tunai bulanan yang disalurkan secara berfasa kepada rakyat Sabah yang berdaftar dalam sistem eKasih dan PADANS.

Fokus utama bantuan ini adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar menampung kos keperluan asas terutamanya makanan dan perbelanjaan harian.

Pendek kata, bantuan ini diwujudkan supaya tiada rakyat yang benar-benar memerlukan tercicir daripada perhatian kerajaan negeri.

Berapa Jumlah Bantuan?

Pembayaran SYUKUR Sabah dibuat secara berfasa, iaitu setiap tiga bulan sekali. Ini bermakna penerima akan menerima RM600 bagi setiap fasa, menjadikan keseluruhan empat fasa dalam tempoh setahun. Kaedah pembayaran pula bergantung kepada status penerima, sama ada melalui kredit terus ke akaun bank atau secara tunai di lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.

  • RM200 sebulan
  • Dibayar setiap 3 bulan sekali
  • 4 fasa setahun
  • Setiap fasa: RM600
  • Jumlah keseluruhan setahun: RM2,400
  • Pembayaran akan dibuat sama ada melalui kredit terus ke akaun bank atau secara tunai (bergantung kepada status akaun penerima).

Siapa Yang Layak?

Antara syarat utama kelayakan:

  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025
  •  Warganegara Malaysia
  •  Pemegang MyKad berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah)
  •  Bermastautin di Sabah lebih 1 tahun
  •  Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah (KIR) dalam sistem eKasih atau PADANS

Kelayakan adalah berdasarkan data rasmi dalam sistem. Jadi sangat penting untuk pastikan maklumat sentiasa dikemas kini.

Garis Pendapatan Kemiskinan (PGK) Sabah 2024

Penentuan miskin dan miskin tegar adalah berdasarkan PGK 2024:

Miskin

  • Pendapatan isi rumah: RM2,843 ke bawah
  • Per kapita: RM720 ke bawah

Miskin Tegar

  • Pendapatan isi rumah: RM1,257 ke bawah
  • Per kapita: RM310 ke bawah

Jika pendapatan berada dalam julat ini dan berdaftar dalam sistem, anda berpotensi layak menerima bantuan.

Tarikh Bayaran SYUKUR Sabah 2026

  • Fasa 1 (Jan–Mac)
    Bayaran: Februari – Mac 2026
  • Fasa 2 (Apr–Jun)
    Bayaran: Mei – Jun 2026
  • Fasa 3 (Jul–Sep)
    Bayaran: Ogos – September 2026
  • Fasa 4 (Okt–Dis)
    Bayaran: November – Disember 2026

Nota penting: Tarikh boleh berubah tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan negeri.

YouTube video

Cara Mohon SYUKUR Sabah 2026

1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui sistem PADANS.

Langkah ringkas:

  • Layari laman web rasmi Padans Sabah
  • Daftar akaun baharu (jika belum ada)
  • Lengkapkan maklumat Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah
  • Isi bahagian indikator dan pengesahan
  • Hantar permohonan

Pastikan semua maklumat tepat dan lengkap sebelum dihantar.

2. Semak Status Kelayakan boleh dibuat melalui:

  • Portal rasmi Syukur Sabah
  • Portal https Padans Sabah

Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang dan klik “Semak”. Status akan dipaparkan sama ada:

  • Layak
  • Tidak Layak
  • Dalam Semakan

3. Jika Nama Tiada Dalam Sistem?

Bagi yang belum berdaftar atau mendapati nama tiada dalam sistem, proses kemas kini boleh dilakukan melalui portal PADANS atau dengan mendapatkan bantuan di Pejabat Daerah berhampiran. Langkah ini penting kerana kebanyakan permohonan yang tidak lulus selalunya berpunca daripada maklumat yang tidak lengkap atau belum dikemas kini.

Anda boleh:

  • Kemaskini maklumat dalam PADANS atau eKasih
  • Sediakan dokumen sokongan (bil utiliti, surat ketua kampung dll)
  • Hadir ke Pejabat Daerah untuk semakan manual

4. Kaedah Pembayaran bantuan akan disalurkan melalui:

  1.  Kredit Terus ke Akaun Bank
  2. Pastikan nombor akaun dalam sistem betul dan aktif.
  3. Serahan tunai

Makluman akan diumumkan melalui Facebook rasmi Sekretariat Sabah Maju Jaya setiap kali agihan dilaksanakan manakala tuntutan juga boleh dibuat penerima di cawangan Perbadanan Pinjaman Sabah mengikut daerah masing-masing.

Bagi Murai, bantuan SYUKUR Sabah begitu bermakna bagi meringankan beban, RM200 mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi bagi keluarga yang benar-benar memerlukan, jumlah itu besar maknanya.

SYUKUR Sabah 2026
https://lomp.at/h9w78
Share675Tweet422SendShare

KINI TRENDING

Insentif

RM600 Sekali Gus, Nafas Lega Buat Pemandu Teksi & Bas Sekolah Pulau Pinang

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026

Dalam senyap tanpa banyak publisiti, Kerajaan Pulau Pinang terus konsisten menjaga kebajikan golongan yang menjadi nadi pergerakan harian rakyat iaitu....

Read moreDetails
Insentif

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026

Berita baik buat rakyat Sarawak, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 bagi tahun 2026 secara rasmi akan mula disalurkan...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Raya Penjawat Awam Pahang, Bantuan Khas RM1,000 Bakal Dikreditkan

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2026 sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat...

Read moreDetails
Insentif

KLIA Berwajah Baharu ‘Rimba’, Sentuhan Sempena Kempen TMM2026

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini tampil dengan wajah pengalaman baharu apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperkenalkan Rimba,...

Read moreDetails
Insentif

Keliru Dengan Skim Insurans Rakyat Sabah 2026? Ini 5 Hal Yang Perlu Anda Fahamkan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Kalau anda rakyat Sabah, Skim Insurans Rakyat Sabah (SIRS) boleh jadi penyelamat bila berlaku kemalangan. Tapi sebelum teruja untuk buat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara