Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

[HALAL] 9 Lokasi ‘Wajib’ Untuk Si Foodie Yang Nak Food Hunting Di Hatyai, Thailand!

by Soph Azz
September 26, 2023
Foto - Facebook

Foto - Facebook

35
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat kamu yang tak tahu, Hatyai digelar sebagai salah satu ‘syurga’ makanan yang paling best!

Kalau tanya pada Miss Murai, di mana lokasi yang best untuk food hunting, sudah semestinya Hatyai, Thailand menjadi jawapan utama. Bukan apa, selain daripada makanannya yang sedap dan kena dengan tekak orang Melayu, harganya pula murah dan tak terlalu mahal.

Jika kamu merancang untuk ke Hatyai dalam masa terdekat, cuba singgah ke 10 lokasi menarik ini untuk food hunting. Psst… Rugi kalau kamu tak singgah kerana makanan-makanannya sangat sedap dan berbaloi!

1. Bingsu Nom6

@princeofdannok

Kedai dessert wajib singgah di Hat Yai Thailand. Kedai kroni saya ni ?? #hatyai #thailand #bingsunom6hatyai #bingsusaimai #thaifood #tomyum #tomyumseafood #tempatmenarikhatyai #makandihatyai #hatyaifoodhunting #hatyaitrip #foodie #hatyaifoodie #hatyai2023 #foodfestontiktok #tiktokfoodie #travelhatyai #longervideos

♬ original sound – PrinceOfDannok – PrinceOfDannok?

Sejukkan badan dengan menikmati pelbagai jenis menu bingsu di kafe estetik Bingsu Nom6. Di sini kamu boleh pilih sama ada nak pesan bingsu buah hingga ke yogurt. Selain daripada bingsu, kafe ini juga menawarkan hidangan seperti Korea dan juga lokal.

  • Lokasi: 302 18 Rattakarn Soi 7/3 Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: 11:30 pagi-10:30 petang, setiap hari

2. Khlong Hae Floating Market

@eijaanuar_

Mencuba makanan Thailand kat Khlong Hae Floating Market Hatyai ??

♬ original sound – Eija Anuar – Eija Anuar

Berbeza dengan tempat lain, di sini penjual akan menjual makanan mereka daripada bot-bot terapung yang berada di tepi sungai. Kalau ke sini, pastikan kamu mencuba snek yang popular seperti pulut mangga atau ayam, air kelapa dalam buluh, telur dan lokching.

  • Lokasi: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand 
  • Waktu Operasi: 2 petang-9 malam, Jumaat-Ahad

3. Kaitod Meena

@jjcm_mime

Bukan balik Madrid gi Hatyai ni tau, video peram lama ni masa gi Hatyai bulan lepas. Betullah orang kata, malu bertanya sesat jalan, ni sebab rajin bertanya jumpa kedai best kat Hatyai. *Beli tudung dengan @cloverush.le #jjcmmime #jjcmthailand #jjcmhatyai #halalfoodie #halaldetective #amazingthailand #kaitodmeena #cloverush

♬ original sound – JJCM MiMe – JJCM MiMe

Singgah ke Kaitdo Meena, jangan lupa untuk pesan menu Nasi Khao Mok yang terdiri daripada ayam goreng rangup yang dimakan bersama nasi kuning dan sos Thai. Kalau tak nak nasi, boleh juga makan dengan pulut.

Tip Miss Murai: Untuk elak sesak dan tak mahu tunggu lama, datang awal ke gerai ini.

  • Lokasi: Thanon Niphatuthit 3, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: 10 pagi-6 petang, setiap hari

4. Kai-Tod Decha 

@queen_maznah

?Kai-Tod Decha, Hatyai. Rasa nak menangis makan kedai ni sebab semua sedap, Huz cuba cari kelemahan dia tapi tak jumpa ? Kalau boleh hari hari nak Lunch dekat sini #queenmaznah #kaitoddecha #makanhatyai

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Popular di Hatyai, kedai Kai-Tod Decha ini menjual hidangan nasi dan lauk. Apabila kamu ke sini, pastikan pesan menu mee celup Thai, pulut ayam, nasi Khao Mok dan teh tarik berbuih.

  • Lokasi: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: 11 pagi-10 malam, setiap hari

5. Ku Tao Hanging Noodles

@princeofdannok

Kedai lawa + makanan sedap sedap so memang layak la kedai ni jadi salah satu tempat wajib pi bila hangpa mai di Hat Yai Thailand ni. Boleh jadi tempat yang best untuk healing and OOTD #hatyai #thailand #tempatmenarikhatyai #ก๋วยเตี๋ยวห้อยขาคูเต่า #thaifood #boatnoodle #ก๋วยเตี๋ยวเรือ #thaifoodlover #hatyai2023 #hatyaifoodhunting #makanmakandihatyai #hatyaifoodie #explore #hatyaihiddengem #booktokmalaysia #tiktokfoodie #halalfoodhatyai #healing #foodie #fyp #jalanjalanhatyai

♬ original sound – PrinceOfDannok – PrinceOfDannok?

Restoran terapung yang terletak jauh sedikit dari pusat bandar ini menjadi pilihan ramai orang. Bukan hanya kerana pemandangannya, tetapi makananya. Di sini mereka menawarkan hidangan yang cukup besar untuk seorang. Bagi Miss Murai, menu yang patut kamu cuba adalah tomyam makanan laut mereka, kuey teow celup dan miang pla pao ikan talapia sos hijau.

  • Lokasi: 199, Khu Tao, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: 10 pagi-7 malam, Rabu-Isnin

6. Asean Night Bazaar 

@ellyssukamakang

Replying to @MLBBπ Sekmungg jom singgoh di Asean Night Bazar pulokk? #aseannightmarket #aseannightbazaarhatyai #fyp #xybca #TikTokMakanMakan

♬ original sound – Jaasuzuran – Jaasuzuran

Apa yang membuatkan lokasi ini best adalah ianya bazar yang mempunyai tingkat khahs untuk makanan dan pakaian. Jadi sebelum membeli-belah, isi dahulu perut dengan makanan. Antara makanan yang perlu dicuba adalah pulut mangga, pad thai, somtam, colek buah hingga ke tomyam.

  • Lokasi: 76 Chotevittayakul 3 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: 4:30 petang-10 malam, Selasa-Ahad

7. Dimsum Chabura

@nurnatashabd

? salah satu tempat makan menarik di Hatyai. Dimsum Chabura. Ada macam-macam makanan menarik. Buka untuk sarapan sehingga 2 petang. Jangan lupa singgah ya kalau ke Hatyai #hatyai #jjcmhatyaisonghkla #jjcmhatyai #hatyaifood #amazingthailand #tiktoktravel #thailand #thailandtravel #tikttokthailand #fyp #berandafyp #fypdongggggggg #fyppls

♬ Makeba – Jain

Kalau teringin nak makan dimsum, Miss Murai syorkan kamu ke Dimsum Chabura. Di restoran ini ada pelbagai jenis dimsum yang boleh kamu dapatkan. Bukan itu saja, kamu juga perlu mencuba menu tomyam dan masakan panas mereka tau!

Tip Miss Murai: Kalau nak elak orang ramai dan pilih tempat duduk, datang awal sebelum pukul 11 pagi.

  • Lokasi: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: 6 pagi-2 petang

8. Lee Gardens Night Market 

@

♬ –

Pasar malam Lee Gardens ini pula sama sahaja macam di Malaysia. Tetapi apa yang membuatkan ia menarik adalah terdapat banyak hidangan laut seperti udang galah hingga ke baby crab. Selain itu, kamu juga wajib cuba menu pancake Nutella Banana dan Pad Thai. Memang sedap!

Tip Miss Murai: Waktu terbaik untuk elak kesesakan orang ramai dan dapat tempat duduk adalah pada pukul 8:30 malam.

  • Lokasi: Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
  • Waktu Operasi: 5 petang-10 malam, Rabu-Ahad

9. Kedai Sup & Gulai Kawah Kak Yah

@travelthai.my

Ada yang pernah sampai ka sini ? #travelthaimy #traveltiktok #insuransthailand #fyp #visitthailand #whitecard #tmform #thailand #insuransthailand #jalanjalantraveling #thailandtraveling #adventurevlog

♬ original sound – Insurans ?? by TravelThai.MY – Insurans ?? by TravelThai.MY

Mencari menu tengahari yang sedap dan kenyang? Miss Murai sarankan kamu ke Kedai Sup & Gulai Kawah Kak Yah. Di restoran ini, kamu boleh menikmati hidangan gulai kawah dan sup masam pedas yang dimasak oleh orang Thailand. Dan antara menu yang popular adalah gulai kambing, sup perut dan sup kaki kambing.

Psst… Jangan risau ye, semua cadangan lokasi di atas adalah halal. Selamat ber-food hunting!

hatyaihatyai thailandtempat makan best hatyaitempat makan hatyai halal
https://lomp.at/0i918
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

by Phic ARMAN
April 6, 2026

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada...

Read moreDetails
Foto - Vietjet
Jalan-Jalan

VietJet Tambah Penerbangan Musim Cuti & Tingkatkan Perjalanan Musim Panas Sehingga Awal Mei Ini!

by Nurul A.
April 12, 2026

Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara