Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

10 Selebriti Paling Kontroversi Sepanjang 2017

by Khai Azfar
December 26, 2017
Share on Facebook

Beberapa hari sahaja lagi tahun 2017 bakal menutup tirainya. Sepanjang tahun ini, beberapa kontroversi artis telah menjadi bualan media massa malah percaya atau tidak, kontroversi yang berlaku pada awal tahun ini masih hangat dibicarakan. murai.my bawakan kembali 5 selebriti tanah air yang menjadi kontroversi sepanjang 2017.

1. Aliff Aziz

Segalanya bermula di sebuah pusat karaoke, dimana Aliff Aziz dikatakan cuba menduakan isterinya, Bella Astillah dengan keluar berdua-duaan dengan pelakon baru, Afifah Nasir. Segalanya terbongkar apabila Bella berjaya ‘memerangkap’ mereka berdua serta turut membuat laporan polis atas cubaan Alif mencederakan isterinya itu. Akui akan kesilapannya, Aliff tampil membuat kenyataan maaf serta kembali berbaik dengan isterinya itu.

2. Afifah Nasir

Berlainan pula dengan Afifah Nasir kerana pelakon ini mendakwa Aliff seperti berbohong dan adik kepada Anzalna Nasir ini menganggap dirinya sebagai mangsa keadaan. Juga mahu melupakan kisah tersebut, Afifah turut membuat kenyataan media dan tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Aliff Aziz.

3. Hafiz Hamidun

Kisah perceraian artis yang paling kontroversi dalam sejarah hiburan! Itulah yang kami boleh katakan apabila Hafiz Hamidun telah mendakwa perkahwinan beliau dan usahawan kosmetik, Joy Revfa sebagai tidak sah! Perkahwinan mereka yang berlangsung pada Mac yang lalu hanya bertahan selama 3 bulan, sebelum kedua – duanya mengambil keputusan mahkamah dan kedua-duanya telah berpisah pada November.

Dah Panggil ‘Ibu’, Netizen Dakwa Amira Othman Bakal Jadi Menantu Kesayangan Emak Fattah Amin

4. Fattah Amin

Pelakon drama Coffee Prince, Fattah Amin akhirnya menepati ramalan peminat apabila beliau dan Fazura disahkan telah bertunang sebelum kedua – duanya berangkat mengerjakan umrah baru – baru ini. Kembalinya mereka di tanah air, Fattah dan Fazura telah bernikah dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh sahabat dan ahli keluarga terdekat.

5. Fazura

Kisah percintaan mereka mula dihidu apabila Fattah telah memberi sejambak bunga kepada Fazura sewaktu menghadiri sebuah majis fesyen yang turut menampilkan koleksi Fazura.

Tidak lama kemudian, kedua-duanya memberi kejutan di Sambutan hari lahir masing – masing dan Fattah turut mengaku telah melamar Fazura pada waktu itu.

6. Fathia Latiff

Bermula dengan menari di hadapan aplikasi Bigo sehingga hampir menampakkan buah dada nya, nama Fathia Latiff mula jadi buruan netizen. Tidak lama kemudian, Fathia sekali lagi mencetuskan kontroversi kerana lewat hadir ke set penggambaran dan turut menulis beberapa status di Twitter nya berkenaan perihal dalam negara.

7. Alicia Amin

Nama model terkenal, Alicia Amin mula jadi sebutan apabila gambar seksi nya sering kali diperkatakan. Malah beberapa gambarnya berbogel turut menjadi carian hangat di internet. Akui beliau tidak kisah dengan segala kecaman yang diterima, Alicia hanya menumpukan perhatian dalam kariernya yang kini turut bergelar sebagai pelakon.

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

8. Dato Boy Iman

Pelakon yang pernah popular menerusi filem Blok 404 ini mula menggemparkan negara kerana didakwa telah menipu dengan mengaut keuntungan menerusi perniagaannya. Hampir 200 lebih laporan polis telah dibuat dengan menganggap Datuk Boy Iman telah menipu ramai orang sehingga menyebabkan beliau ditangkap polis beberapa kali bagi memberi kerjasama berkenaan kes tersebut.

9. Izreen Azminda

Sebelum ini , Izreen Azminda pernah menolak dakwaan bahawa beliau telah berkahwin sehinggalah baru – baru ini beliau mengaku sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik bebas sejak Ogos yang lalu. Akan tetapi, perkahwinan tersebut telah mencetuskan kontroversi apabila Izreen dikatakan telah merampas suami orang.

10. Iqram Dinzly

Setelah sekian lama namanya tenggelam, Iqram Dinzly muncul kembali dengan kontroversi penghujung 2017 apabila beliau dikatakan tidak waras dengan menunjukkan beberapa isyarat lucah.

Akan tetapi Iqram mendakwa itu hanyalah gimik untuk melancarkan jenamanya yang akan datang. Sejauh mana kebenarannya, kami sendiri pun tidak pasti kerana isu ini masih lagi hangat diperkatakan netizen.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
afifah nasiralicia aminaliff azizdato boy imanfathia latifffattah aminfazuraHafiz Hamiduniqram dinzlyizreen a
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara