• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Suria FM Menang Anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik

by Arsiqin Yusof
December 20, 2022
Share on Facebook

Buat pertama kali, Suria FM mencatat sejarah memenangi anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 yang berlangsung di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur pada 16 Disember 2022 (Jumaat) lalu.

DJ Lin Syukur & Teruja

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, beliau berasa teruja dan pada masa yang sama meluahkan rasa syukur di atas pengiktirafan yang cukup bermakna buat Suria FM setelah 15 tahun bertapak di industri radio tanah air.

“Kami di Suria FM ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Santai Travel dan beberapa rakan kerjasama lain seperti Islamic Tourism Centre, Tourism Malaysia, MiTDA kerana memilih Suria FM sebagai pemenang bagi anugerah berprestij pada kali ini.

Pengiktirafan ini akan menjadi satu batu loncatan buat Suria FM untuk terus membantu dan mempelopori sektor pelancongan di Malaysia dengan menghasilkan lebih banyak kandungan video yang kreatif di samping mempromosikan industri pelancongan seperti makanan, perhotelan dan sebagainya di stesen radio kami,” katanya.

Di samping itu, Dato’ Dr. Hj Mohd Khalid Harun, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) berkata, lebih 60 penggiat industri pelancongan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 (Malaysia Tourism Industry Award 2022) dan Anugerah Industri Pelancongan ini adalah anugerah kemuncak industri pelancongan yang mengiktiraf semua penggiat industri Malaysia dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara.

“Anugerah ini juga adalah penanda aras untuk menuju kecemerlangan industri pelancongan kita”, ujarnya.

https://www.instagram.com/p/CmPCc5fBl5G/

E-Sukan

Disamping itu, pada 14 Disember 2022 (Rabu) lalu, Suria FM telah menganjurkan #GrandstandSuria E-Sukan Piala Dunia 2022 bertempat di Cyberatorium, Menara Star yang dihadiri lebih 100 orang tetamu. Program julung kali ini diadakan oleh Suria FM bersempena Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar juga dalam usaha melebarkan sayap digital Suria ke platform ‘gaming’ disamping menjadi inisiatif untuk mendekati pendengar setia Suria yang sentiasa menyokong Suria FM melalui saluran digital dan media sosial Suria Malaysia.

#GrandstandSuria E-Sukan Piala Dunia 2022 ini telah dimeriahkan lagi dengan perlawanan secara atas talian yang dibarisi oleh penyampai Suria FM iaitu Ajak, Shuib,Tyzo serta selebriti tanah air seperti Luqman Podolski, Akim Ahmad, Tomok, Jaa Suzuran, Eric Floor 88 dan ramai lagi!

Menurut DJ Lin;

“Jumlah tontonan live E-Sukan ini telah mencatat lebih 3000 tontonan di seluruh platform media sosial Suria FM. Kami sangat teruja dengan sambutan baik daripada selebriti tanah air dan sokongan peminat Suria FM yang menyokong dan menonton perlawanan E-Sukan Piala Dunia Suria 2022. Selain itu, kami di Suria FM juga dalam perancangan untuk mengembangkan program E-sukan ini ke pelbagai cabang seperti permainan konsol yang lain dan tidak hanya tertumpu kepada bola sepak sahaja” ujarnya.

Edisi julung kali ini telah dimenangi oleh Luqman Podolski yang mengalahkan Putu Ceri dari Kugiran Masdo melalui penentuan sepakan penalti. Tempat ketiga dimenangi oleh Tomok yang menewaskan Amir Floor 88 dan sebagai tanda penghargaan, para pemenang dianugerahkan piala khas Grandstand Suria dan cenderahati barangan esklusif Suria FM seperti Jersey Suria edisi terbaru bersempena Suria 15 tahun.

suria fm
https://lomp.at/jkdew
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore