Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

20 Jam! Ini 5 Penerbangan Tanpa Henti Paling Panjang Di Dunia

by Aphit J.
October 18, 2020
via The Jakarta Post

via The Jakarta Post

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernahkah anda terpikir berapa lama tempoh penerbangan yang paling panjang di dunia? Menurut Washington Post, berikut adalah adalah 5 penerbangan tanpa henti paling panjang di dunia.

Singapura Ke Newark (Singapore Airlines) – 18 Jam 45 Minit Hingga 20 Jam

via The Jakarta Post

Singapore Airline telah melancarkan penerbangan terbaru iaitu dari Singapura ke Newark, Amerika Syarikat sejauh 15,343 kilometer bermula Oktober 2018. Penerbangan ini telah menjadi penerbangan tanpa henti dengan tempoh terpanjang di dunia mengambil masa di antara 18 jam 30 minit sehingga 20 jam di udara.

Auckland Ke Doha (Qatar Airways) – 18 Jam 5 Minit

via USA Today

Penerbangan yang mempunyai jarak perjalanan sejauh 14,536 kilometer dan juga tempoh 18 jam dan 5 minit adalah kedua paling lama di dunia. Menurut Washington Post, pelbagai persedia disediakan oleh syarikat penerbangan ini untuk memastikan anda tidak bosan sepanjang tempoh berada di dalamnya.

London Ke Perth (Qantas) – 17 Jam 20 Minit

via Economy Traveller

Syarikat penerbangan paling popular dari Australia, Qantas memperkenalkan laluan baru pada awal tahun 2018 yang menghubungkan London dengan Perth. Penumpang kini boleh terbang dengan Boeing 787-9 Dreamliner selama 17 jam 20 minit dan sejauh 14,499 kilometer.

Dubai Ke Auckland (Emirates) – 17 Jam 15 Minit

via Emirates

Penerbangan ke-4 paling panjang di dunia adalah dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu ke Auckland, New Zealand iaitu selama 17 jam 15 minit. Menurut Washington Post, dengan penerbangan ini, anda tidak perlu risau sekiranya takut kebosanan kerana penerbangan ini pernah memenangi anugerah Skytrax bagi kategori hiburan terbaik.

Los Angeles Ke Singapura (United Airlines) – 17 Jam 5 Minit

via Airline Geek

Dengan harga RM2,800, penumpang dari Los Angeles, California boleh terbang secara terus ke Singapura dengan United Airlines. Namun, terbang dengan United Airlines bukanlah sesuatu yang mudah kerana penerbangan ini mempunyai rating yang sangat lemah dalam pelbagai segi.

Jadi mungkin selepas pintu antarabangsa negara telah dibuka anda boleh mencuba salah satu penerbangan ini. Pasti ini menjadi pengalaman yang sangat menarik!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
panduan travelpenerbangan duniapenerbangan terpanjang di dunia
Share7Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  2. 2

    VIDEO Pelukan Tun Siti Hasmah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah Undang Air Mata Netizen

  3. 3

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

  4. 4

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  5. 5

    Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara