• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

[REVIEW] Teknologi Terkini Pada 8K ULED Android U900KF Memang Tiada Tandingan

by Phic ARMAN
July 1, 2021
Share on Facebook

Hisense sentiasa mengembangkan teknologi pada siri TV-nya yang terkini iaitu 8K ULED Android U900KF untuk membawa gambar berkualiti tinggi, cantik, terang dan perincian terbaik kepada pengguna.

Kali ini kami diberi kesempatan untuk membuat sedikit ulasan tentang 8K ULED Android U900KF  yang boleh didapati dengan bersaiz 75″. Semestinya ia memberi kepuasan maksimum kepada mereka yang mahukan pengalaman menonton TV dengan skrin besar.

Jujurnya, kami tertarik dengan beberapa gabungan teknologi Full Array Dimming Pro dan Quantum Dot pada TV ini.  Nak tahu lebih mendalam? Mari kita ketahui lebih lagi.

Full Array Dimming Pro

Teknologi Full Array Dimming Pro sebenarnya  memberikan tahap dan kontras hitam yang lebih baik. Kecerahan setiap zon dapat dikendalikan secara individu kerana model ini mempunyai lebih dari 100 zon peredupan tempatan.

Hal ini membuatkan warna hitam tampak lebih dalam daripada biasa sekaligus meningkatkan kualiti gambar secara keseluruhan. Ini juga merupakan fitur penting untuk menonton konten HDR kerana dapat membantu mencerahkan sorotan pada masa yang sama.

Model ini mempunyai anti glare screen atau skrin anti-silau digunakan untuk mengelakkan silau cahaya pada skrin.  Ia sangat berguna, lagi-lagi bila TV berada berdekatan dengan tingkap. Sinar matahari dari tingkap biasanya akan membuat silau pada skrin yang akan membuatnya sukar dilihat.

Dalam keadaan sedemikian, anti glare screen membantu dengan mengurangkan pantulan lampu pada skrin TV.

Cahaya Biru Rendah

Sebelum ini terdapat kajian yang mengatakan cahaya biru dari skrin TV menyebabkan pola tidur pengguna terganggu. Jadi untuk memastikan mata anda dilindungi, TV ini memiliki Cahaya Biru Rendah dan mendapat pensijilan dari TUV Rheinland. Ia menjadikan mata lebih selesa jika menonton TV dalam tempoh yang lama.

Quantum Dot

Selain itu, 8K ULED Android U900KF, menampilkan teknologi Quantum Dot bagi memaparkan kualiti gambar terbaik serta kecekapan penjimatan tenaga yang lebih optimum. Teknologi ini menghasilkan tiga warna primer akan lebih mudah dibezakan berbanding dengan televisyen konvensional, ini menjadikan paparan atau skrin yang menggunakan teknologi Quantum Dot mengeluarkan warna yang lebih banyak secara tepat.

Android TV

Dengan Android TV, pelbagai aplikasi boleh dimuat turun. Secara terpasang platform penstriman utama seperti YouTube, Netflix, dan Prime Video boleh diakses.

Google Assistant

Melengkapi TV tersebut adalah teknologi pembantu maya iaitu Google Assistant. Cukup mulai dengan “Hey Google” atau tekan tombol Asisten Google di remote untuk melakukan lebih banyak hal di TV dengan suara Anda. Minta Google untuk mencari blockbuster terbaru atau program streaming.

Dolby Atmos

Bukan itu sahaja, dengan bunyi bertaraf pawagam daripada Dolby  Atmos, TV Hisense ULED 8K menawarkan pakej audio-visual yang lengkap untuk mereka yang mencari pengalaman pawagam di rumah.

Game Mode Pro

Seperti yang anda jangkakan dari model 2021, TV Android 8K baru ini juga memiliki kadar penyegaran hingga 120Hz pada resolusi 8K  yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna melalui output HDMI 2.1nya.

Untuk gamer di luar sana, mereka juga dapat menggunakan Mod Latensi Rendah Automatik (Automatic Low-Latency Mode) dan Kecepatan Refresh Berubah melalui fitur Game Mode Pro.

Rakan rasmi global UEFA EURO 2020

YouTube video

Hisense kini semakin maju dalam pemasaran di arena sukan peringkat global. Sebelum ini Hisense telah berjaya menaja Piala Dunia UEFA EURO 2016 dan 2018 FIFA.  Pada tahun 2020, Hisense mengumumkan sebagai rakan rasmi global UEFA EURO 2020.

Tajaan tersebut meningkatkan kesedaran dan ekuiti jenama global Hisense, dan mengukuhkan lagi keyakinan Hisense dalam membentuk kesedaran yang unik.

Sebagai tambahan, setiap pembelian menerusi luar talian (offline),  anda akan menerima Waranti selama 3 tahun. Manakala untuk pembelian dalam talian (online)  waranti diberikan selama 2 tahun.

Hisensereview
https://lomp.at/foqxa
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore