Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

FamilyMart Makin Meriah! 10 Tahun Di Malaysia, Kini Tampil Dengan Pengalaman Baharu

by Phic ARMAN
November 7, 2026
Share on Facebook

Kalau anda antara pelanggan yang selalu singgah FamilyMart untuk membeli makanan, kopi atau sekadar mencari snek kegemaran, sambutan ulang tahun ke-10 jenama ini memang sesuatu yang dekat di hati. MURAI sendiri berpeluang hadir ke acara istimewa FamilyMart Malaysia di Orange Concourse, Sunway Pyramid dan jujurnya, banyak perkara menarik boleh diterokai di sini!

FamilyMart

10 Tahun FamilyMart, Bukan Sekadar Kedai Serbaneka

MURAI sempat mendengar ucapan daripada Chia Lik Khai, Ketua Pegawai Eksekutif FamilyMart Malaysia, yang berkongsi perjalanan jenama ini sejak mula bertapak di Malaysia pada 11 November 2016.

FamilyMart
Ketua Pegawai Eksekutif FamilyMart Malaysia bersama Chia Lik Khai; Pengarah FamilyMart Malaysia, Datuk Noor Azman Nordin; serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif FamilyMart Malaysia, Chia Juak Sui.

Main Cop, Kumpul Stamp dan Terokai FamilyMart!

Apa yang membuatkan acara ini lebih menarik bukan sekadar ucapan atau pelancaran produk baharu. Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti interaktif termasuk permainan cop-cop stamp yang membuatkan MURAI rasa seronok menerokai setiap ruang yang disediakan.

View this post on Instagram

Kalau datang bersama keluarga, memang ada banyak ruang untuk berseronok sambil mengenali FamilyMart dengan cara lebih dekat. Bukan sekadar masuk, beli makanan dan terus balik seperti rutin biasa.

Kopi Baharu, Oden dan Sofuto Jadi Tarikan

FamilyMart turut memperkenalkan konsep baharu Life is Good with FamilyMart yang membawa tiga tunjang utama, iaitu Good Choices, Good Quality dan Good Moments.

Antara yang turut mencuri perhatian MURAI ialah Everyday Craft Coffee yang memperkenalkan dua pilihan kopi baharu, iaitu Sumiyaki dengan rasa lebih pekat, manakala Kinu pula menawarkan rasa lebih lembut serta sesuai untuk mereka yang gemarkan latte.

Lebih menarik, kedua-dua pilihan kopi ini boleh dinikmati pada harga pengenalan istimewa bermula RM0.99 sahaja dari 4 hingga 10 November. Selepas tempoh promosi berakhir, harganya akan kembali kepada harga biasa RM3.90. Memang berbaloi untuk peminat kopi mencubanya!

Bagi penggemar oden pula, terdapat empat pilihan kuah yang boleh dicuba mengikut selera, termasuk Classic Fishball, Laksa Kahwin, Creamy Mala dan Sukiyaki.

Tidak lengkap rasanya kalau tidak mencuba pencuci mulut. FamilyMart turut menawarkan brown sugar sofuto serta vanilla blue sea salt sofuto yang diperkenalkan semula bagi memenuhi permintaan pelanggan. Jadi, kalau anda peminat sofuto, ini mungkin antara menu yang wajib masuk dalam senarai untuk dicuba!

Koleksi Eksklusif dan Ganjaran Untuk FAM

Bukan itu sahaja, MURAI turut berpeluang melihat pratonton koleksi FAMIMA by NIGO yang dikurasi pereka fesyen terkenal dari Jepun serta koleksi Famibara yang direka khas untuk peminat FamilyMart di Malaysia.

Kedua-duanya boleh dilihat menerusi mini store di lokasi acara.

Bagi yang suka tawaran menarik, ada kombo ulang tahun RM10 yang menampilkan snek dan teh FamilyMart Collection. Pengguna baharu aplikasi MY FamilyMart pula boleh menikmati pek e-baucar alu-aluan bernilai RM100. Ahli sedia ada juga boleh menantikan Member Day pada 10 dan 11 November dengan tawaran bermula RM0.10.

Jangan Lepaskan Peluang Singgah!

Sambutan ini berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid sehingga 9 November 2026.

Bagi MURAI, sambutan kali ini terasa lebih daripada sekadar meraikan usia sebuah jenama. Ia menggabungkan makanan, aktiviti interaktif, koleksi eksklusif dan ganjaran untuk pelanggan setia.

View this post on Instagram

Jadi, kalau anda pengguna tegar FamilyMart seperti MURAI, memang rugi kalau tak singgah. Apa kata ajak keluarga sekali? Mana tahu, kunjungan yang biasanya sekadar membeli onigiri atau kopi kali ini bertukar menjadi pengalaman hujung minggu yang menyeronokkan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
FamilyMart
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Lapan Generasi Telefon Lipat Samsung, Apa Yang Berubah Sebenarnya?

by Phic ARMAN
October 29, 2026

Telefon pintar boleh lipat bukan lagi sekadar gimik teknologi. Selepas lapan generasi, Samsung terus memperhalusi siri Galaxy Z dengan reka...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Bercuti Dengan Anak Tanpa Stres? Mungkin Ini Masanya Anda Ke Hilton Burau Bay Langkawi

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Kalau anda pernah bercuti bersama anak, anda pasti tahu satu perkara, perkataan “bosan” boleh muncul lebih cepat daripada makanan sampai...

Read moreDetails
LifeXplore

[REVIEW] Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Kini Berbeza, Pantai Balok Pula Buat Kami Terpaku

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Swiss-Grand Beach Resort Kuantan kini benar-benar berbeza. Kalau anda pernah menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan suatu ketika dahulu, mungkin...

Read moreDetails
LifeXplore

5 Alasan Galaxy Tab S12 Patut Jadi Pilihan Student, Harga Khas & Aksesori Percuma Menanti!

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Kehidupan sebagai pelajar universiti bukan sekadar hadir kuliah dan menyiapkan assignment. Ada presentation, kerja berkumpulan, nota yang perlu disusun dan...

Read moreDetails
pavilion bukit jalil
LifeXplore

Pavilion Bukit Jalil Rai Mid-Autumn Bersama “Moonlight Glow”

by Nurul A.
September 16, 2026

Pavilion Bukit Jalil menyambut musim perayaan ini dengan “Moonlight Glow– Together, Here”, sambutan Mid-Autumn yang berlangsung dari 10 hingga 27...

Read moreDetails
LifeXplore

Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di...

Read moreDetails
LifeXplore

5 Perkara Anda Kena Tahu Tentang Dron Antigravity A1, Kini Ada Fungsi Follow Me!

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Kalau anda suka merakam video ketika bercuti, mendaki atau berbasikal, dron mungkin antara gajet yang boleh menjadikan kandungan anda lebih...

Read moreDetails
Ernie Zakri
LifeXplore

Ernie Zakri, Priscilla Abby Meriahkan Konsert Wanita Anjuran Vera

by Nurul A.
November 4, 2026

Wanita menggalas pelbagai peranan dan tanggungjawab setiap hari. Haid tidak seharusnya menambah kerisauan mereka. Vinda Malaysia hari ini melancarkan Vera™,...

Read moreDetails
Foto - @klinternationalairport (IG)
LifeXplore

5 Sebab Kenapa Kamu, Si Traveller Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang

by Nurul A.
October 6, 2026

Selalu tiba di lapangan terbang ngam-ngam sebelum penerbangan? Mungkin lepas ini boleh cuba datang lebih awal. Bukan sahaja tak perlu...

Read moreDetails
LifeXplore

Bacaan Yasin Untuk Allahyarhamah Tun Siti Hasmah Di Roblox Curi Perhatian

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Siapa sangka platform yang selama ini sinonim dengan avatar, game dan dunia virtual pula menjadi lokasi anak muda berkumpul untuk...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara