Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Tempat Paling Kering Di Dunia

by Phic ARMAN
December 8, 2016
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Usia bumi sebenarnya sudah mencapai 4.6 bilion tahun lamanya dan bumi ini telah di hidupi oleh beberapa generasi mulai dari nabi adam hingga abad 21 sudah tidak terhitung jumlahnya dan mungkin penyebab peningkatan suhu bumi.

Fenomena El Nino dahulunya pernah melanda negara kita dan ia sangat menguji kesabaran kita semua. Apa tidaknya, dengan suhu panas yang agak melampau pasti tak ramai yang mampu bertahan.

Sampai tahap ada yang terkena strok haba dek menanggung kepanasan dan dehidrasi. Tapi tahukah anda itu hanya sedikit sahaja ujian kepada kita semua.

Ada lagi kawasan yang setiap tahun berdepan iklim panas dan kering, malah lebih teruk daripada apa yang kita alami. Jadi bersabarlah ok! Kita dah kepanasan tapi ada lagi mereka yang berdepan lebih teruk daripada kita. Jom kita tengok antara 5 lokasi yang terkering di dunia.

Aoulef

1. Aoulef, Aljazair (Curahan hujan: 12,19 mm setahun)

Sebuah kota kecil yang terletak di kota Aljazair ini merupakan salah satu tempat paling kering di dunia. Aoulef merupakan tempat yang sangat panas dan hanya memiliki sebuah oasis di daerah gurun tersebut. Selian itu, hanya terdapat beberapa pokok palma yang memisahkan kota dengan gurun sekitarnya.

pelican point

2. Pelican Point, Namibia (Curahan Hujan: 8.13 mm setahun)

Pelican Point terletak di dalam wilayah Walvis Bay di negara Namibia. Ia hanya memiliki sebuah jeti yang dikelilingi padang pasir. Curahan hujan di kawasan ini kurang dari 10mm menjadikannya salah satu tempat paling kering di dunia. Walaupun keadaannya kering, namun ia menjadi tumpuan pelancong.

iqueque

3. Iquique, Chili (Curahan hujan: 5.08 mm (0.2 inci) setahun)

Iquique merupakan sebuah kota di utara Chili dan juga ibu kota kepada daerah Taracapa. Ia adalah sebuah kota pelabuhan yang terletak di sebelah barat Gurun Atacama. Hujan merupakan fenomena yang jarang berlaku di kawasan ini dan hanya terjadi pada bulan Januari dan Februari menjadikan ia salah satu lokasi paling kering di dunia.

wadi halfa

4. Wadi Halfa, Sudan (Curahan hujan: 2.45 mm (0.096 inci) setahun)

Wadi Halfa merupakan sebuah wilayah yang sangat tandus di bahagian utara Sudan (sempadan Sudan-Mesir). Ia terletak di tepi tasik Nubia dan memiliki populasi sekitar 15,725 orang. Ia terkenal sebagai salah sebuah tempat paling kering di dunia. Suhu terpanas yang pernah direkodkan di sini adalah 127°F atau 52.78°C yang tercatat pada bulan April tahun 1967.

ica peru

 5. Ica, Peru (Curahan hujan: 2,29 mm (0,09 inci) setahun)

Ica terletak di selatan Lima, Peru bersempadan dengan Gurun Atacama yang terkenal dengan iklim keringnya. Namun keadaan kering di kawasan ini dimanfaatkan oleh pelancong yang untuk meneroka kawasan ini dengan menggunakan buggy.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
Faktakeringsuhutandusterpanas
https://lomp.at/hvfua
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem