Seorang gadis yang menggemari aktiviti lasak dilarang sama sekali untuk memasuki semua taman negara di Amerika Syarikat.

casey3

Larangan itu menyebabkan wanita berkenaan dilarang memasuki 20 peratus daripada negara itu kerana tindakannya yang menconteng batu-batu dan dinding batu di taman negara berkenaan.

IKLAN

Casey Nocket mengaku melakukan perbuatan itu menggunakan marker dan cat sebelum memuatnaik gambar lukisan graffiti itu di media sosial.

casey4

Gadis berusia 23 tahun itu juga dikenakan hukuman khidmat masyarakat selama 200 jam.

Dalam tempoh 26 hari pada 2014, Casey telah merosakkan batu-batu semulajadi di tujuh taman negara dengan melukis menggunakan pen akrilik dan marker.

casey5

Dalam salah satu postingnya di media sosial, Casey berkata, ia adalah seni dan bukannya melakukan kerosakan.

Tindakan Casey itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang kemudiannya bertindak menandatangani petisyen untuk menyokong hukuman dikenakan ke atas Casey.

casey6

Sementara itu, Ketua Bahagian Keselamatan Taman Negara, Chgarle4s Cuvelier berkata, ia menunjukkan keprihatinan orang ramai untuk menjaga khazanah alam.

“Kes ini menggambarkan bahawa betapa pentingnya masyarakat umum untuk sama-sama menjaga alam semulajadi.

“Ini jelas menunjukkan bahawa masyakarat awam juga menjaga keindahan alam ini dan memainkan peranan sebagaimana pihak Taman Negara ini sendiri,” katanya memetik laporan Daily Mail.

IKLAN