Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Seperti budak lelaki ini, sejak dua tahun yang lalu, Thomas Moore menyimpan rambutnya begitu lama sehingga paras bahu. Ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi kanak-kanak seusia ini.
Usaha Thomas ini sebenarnya adalah sebuah misi niat murninya. Ketika berusia 8 tahun dia melihat video seorang kanak-kanak di Facebook. Thomas beranggapan kanak-kanak tersebut adalah budak lelaki kerana berkepala botak. Tetapi dia terkejut apabila mendapat tahu kanak-kanak itu adalah seorang gadis kecil yang menderita kerana kanser pediatrik. Lantas dia bertanya kepada ibunya mengenai kanser tersebut. Ibunya menerangkan kepadanya bahawa bagaimana rawatan kimoterapi boleh membuat rambut seseorang itu gugur. Sejak dari itu Thomas membuat keputusan yang sangat besar dalam hidupnya.
Jadi Thomas mula menyimpan rambutnya untuk gadis kecil tersebut. Setelah 2 tahun menyimpan rambut, keluarganya membawanya ke salon memproses rambut yang akan di bentuk menjadi rambut palsu. Proses pembikinan rambut palsu ini cukup untuk membuat tiga rambut palsu. Ibu saudaranya merakamkan detik-detik indah ini melalui foto-foto di Twitter dan mendapat perkongsian yang sangat tinggi.
Ibu Thomas berkata detik-detik indah terbesar bagi anaknya adalah apabila dapat berjumpa dan bercakap dengan gadis kecil ini yang dikenali sebagai Kyssi Andrews.
Thomas tetap berbesar hati dapat membantu Kyssi yang menderita kerana penyakit ini walaupun sebenarnya Kyssi tidak pernah memakai rambut tersebut.
Walaubagaimanapun, Kyssi meninggal dunia akibat kanser pada tahun lepas. Semoga rohnya tenang di sana dan jadikan niat murni Thomas ini sebagai inspirasi kepada kita semua.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.