Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Layak Terima Bantuan eWallet Sehingga RM200 Tapi Belum Mohon? Begini Caranya…

by Nurul A.
September 9, 2025
Foto - eCentral

Foto - eCentral

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Psst… Adakah kamu sudah tebus bantuan eWallet yang bernilai daripada RM150 sehingga RM200? Kalau belum dan tak tahu bagaimana caranya untuk mohon bantuan ini, baca entri di bawah!

Bagi pembaca yang terlepas pandang, bantuan eWallet 2025 yang bernilai daripada RM150 sehingga RM200 ini merupakan salah satu inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 meringankan kos sara hidup harian.

Bantuan eWallet ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan MyKasih Foundation.

Kadar Bantuan eWallet Mengikut Kategori 

Penting untuk kamu tahu, bantuan eWallet diberikan berdasarkan kategori status penerima dalam sistem eKasih:

  • Isi rumah (eKasih): RM200
  • Warga emas (eKasih): RM150
  • Bujang (eKasih): RM50
  • Isi rumah (bukan eKasih): RM100
  • Warga emas (bukan eKasih): RM50

Syarat Kelayakan

Bagi mengetahui sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan eWallet ini, kamu perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan berikut:

  1. Menerima bantuan STR Fasa 1, 2, 3 pada tahun 2025.
  2. Nama pemohon berdaftar dalam sistem eKasih sebagai miskin atau miskin tegar.
  3. Memiliki MyKad aktif.
  4. Tidak menerima bantuan bertindih seperti eMadani atau program bantuan lain yang sejenis.

Jika pemohon pernah menerima bantuan STR sebelum ini, berkemungkinan besar kamu layak menerima bantuan eWallet secara automatik tanpa perlu membuat permohonan baru.

Cara Semak Kelayakan 

Untuk mengetahui sama ada kamu layak atau tidak menerima bantuan eWallet ini, ikuti langkah-langkah di bawah:

Foto – sara.gov.my / app.mykasih.net
  1. Layari portal rasmi MyKasih [https://www.mykasih.com.my/].
  2. Klik pada “Semak Status Program”.
  3. Masukkan nombor MyKad tanpa tanda (-).
  4. Masukkan kod keselamatan yang dipaparkan dan klik “Semak” untuk lihat status kelayakan.

Cara Tebus Kredit eWallet 

Berikut adalah langkah-langkah untuk penerima menebus kredit eWallet:

  1. Kunjungi kedai yang berdaftar dengan MyKasih Foundation terdekat.
  2. Pilih barangan yang mempunyai tanda “MyKasih” di bahagian tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter MyKasih yang khas dan serahkan MyKad kepada juruwang.
  4. Masukkan pin 6 digit MyKad untuk pengesahan.
  5. Simpan resit pembelian sebagai bukti dan rujukan.

Pastikan kamu tebus sebelum tamat tempoh kredit eWallet. Kredit yang tidak digunakan akan luput dan tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya. Untuk makumat lanjut dan semakan status, kamu boleh layari MyKasih Foundation dan Bantuan Tunai.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bantuan ewalletbantuan ewallet rm150bantuan ewallet rm200
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara