Sebenarnya Malaysia mempunyai pelbagai tarikan yang masih belum di terokai, seperti tarikan yang terdapat di Sasaran, Kuala Selangor ini. Lebih menarik, kini pantai ini sudahpun menjadi tumpuan jurufoto jadikan lokasi penggambaran untuk foto perkahwinan dan sebagainya.
Kebanyakkan mereka sudah mengunjungi pantai ini menggelarkan keindahnya seperti Salar de Uyuni yang terletak di Bolivia. Pantai mirip seperti refleksi cermin ini masih belum di ketahui orang ramai dan apa yang pasti ia bakal mengujakan peminat fotografi kerana suasananya yang sangat unik dan lain dari yang lain.
Pantai ini memang terkenal dengan keunikkannya di mana membolehkan anda mengambil gambar di atas satu tempat yang berair dan luas seolah-olah wujud sebuah pantulan cermin di antara langit dan bumi.
Mengikut sumber, pantai ini berhampiran dengan Kampung Sasaran, Kuala Selangor iaitu sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina dan mereka memanggil tempat ini dengan nama “Shasha Lan.”‘
Fenomena mirip seperti Salar de Uyuni ini sebenarnya bukan berlaku selalu, cuma hanya terjadi 6 hari setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada hari pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30.
Menarik bukan? Jangan tunggu lagi, jika anda mahu ke sini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor dan ia cuma mengambil masa selama 30 minit sahaja.
Antara pukul 10.30-11 pagi, anda akan dapat lihat sendiri seolah-olah cermin besar dihamparkan secara semulajadi dan langit dapat dilihat di atas cerminan air yang sangat mempesonakan. Indahnya hanya anda yang akan merasainya nanti.
sumber: sini.com.my
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.