Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

5 Kes Perceraian Selebriti Malaysia Yang Mengejutkan Pada Tahun 2016

by Zaidin Albert
December 17, 2016
Share on Facebook

1. Along Cham & Zila AF4

Along melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya penyanyi Zila (AF4). Bekas peserta program Maharaja Lawak Mega itu memaklumkan bahawa telah tinggal berasingan sejak 5 bulan sebelum permohonan perceraian dibuat. Jelasnya, Zila telah bertindak keluar dari rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya dan tidak suka dimarahi kerana sikapnya yang malas memasak.

125334o8eidxd13oioxkiz

Zila juga pernah ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukit Jalil. Semasa serbuan dibuat wanita itu dipercayai bersembunyi di belakang almari di dalam sebuah bilik.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010 dan bercerai pada Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 5 tahun. Hak penjagaan kekal anak mereka diberikan kepada Along dan Zila diberi hak lawatan selama 2 hari dalam sebulan.

2. Ally Iskandar & Nurfarahin Romli

Personaliti TV3, Ally Iskandar 40, telah menjatuhkan cerai talak satu keatas isterinya Nurfarahin Romli, 27 dihadapan Hakim Syarie Azzeman Omar. Namun perceraian itu berjalan dengan sempurna dan mendapat persetujuan daripada Nurfarahin. Biarpun tiada ikatan perkahwinan, namun hubungan Ally dan Nurfarahin serta ahli keluarga yang lain tetap baik.

Sinar Harian
Sinar Harian

Ally dan Farahin bernikah pada Januari 2012 dan bercerai pada Ogos 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

3. Farah Asyikin & Zaahier Stanley

Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 36 akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya Zaahier Stanley, 39 adalah seoarang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan melayu Cape. Penceraian mereka dibuat secara tebus talak kerana wujudnya ‘Shihaq’ atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan. Selain tidak berkomunikasi, mereka juga telah tinggal berasingan selama hampir dua tahun dan Farah juga turut didera secara emosi menerusi kata-kata kasar.

[VIDEO] Fasha Sandha Kongsi Momen Lucu Ada Nenek Mahu 'Kenenkan' Dengan Cucunya!

farah-asyikin-zaahier-stanley

Mereka berkahwin pada Februari 2013 dan bercerai pada Oktober 2014 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Ebrahim Owais yang kini berusia 18 bulan.

4. Fasha Sandha & Jejai

Pelakon Nur Fasya Sandha Binti Hassan,32 akhirnya pasrah apabila telah sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli, 40 setelah melayari kehidupan bersama selama 4 tahun. Kedua-dua pihak tidak menyatakan alasan perceraian tersebut namun menyatakan ianya adalah jalan yang terbaik untuk kedua belah keluarga.

fashadivorce-l

Mereka berkahwin pada April 2012 dan bercerai pada Januari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 2 dan 1 tahun.

5. Salih Yaakob & Nor Raha

Salih Yaacob pelawak dan juga pelakon popular ini mengakui sudah pun bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad selepas Aidilfitri tahun lalu.

Salih dan bekas isterinya itu telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan dikurniakan 5 anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu. Sementara itu, tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya dan daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.

sallih-yaacob-bercerai-dengan-isteri-kedua-rotikaya-700x413

Bagaimanapun penulis sentiasa mendoakan agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dalam karier yang mereka lalui.

alongartisartis malaysiaceraifarah asyikinfasha sandhally iskandarsalih yaakobselebritimalaysia
https://lomp.at/7icqx
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara