Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80 Ratu Saleha.
Kehadiran mereka ini telah mencuri perhatian, lebih-lebih lagi penampilan PAI Anisha yang mengenakan tudung.
Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian
Semasa majlis tersebut, pasangan tersebut tampil sedondon dalam pakaian kelabu muda. PAI Anisha mengenakan baju kurung dengan perincian manik.
Puteri itu turut melengkapkan penampilannya dengan selendang dalam rona yang sepadan, kerongsang batu berona biru. Penampilannya itu telah menuai pujian ramai.
Selain itu, penampilan Putera Mateen turut menjadi tumpuan apabila mengenakan persalinan baju Melayu dalam rona yang sama. Suami PAI Anisha itu turut melengkapkan penampilannya itu dengan songkok dan sampin.











