Jika anda terasa telah melakukan salah satu atau lebih daripada tiga tabiat ini, maka benarlah rakan sekerja anda takut untuk mendekati anda.

Mendengar Muzik Menggunakan ‘Headphone’

Mendengar muzik semasa bekerja boleh membantu anda lebih fokus dan dapat elakkan sebarang gangguan. Tetapi ia juga membuatkan rakan sekerja sukar untuk berkomunikasi dengan anda, kita tidak sedar kadangkala rakan sekerja ingin memulakan perkenalan, namun anda tidak hiraukan.

Jangan buatkan orang rasa terpaksa untuk menegur anda kerana anda susah untuk didekati. Cari inisiatif untuk memandang teman-teman di pejabat dengan senyuman.

Anda Jarang Terlibat Dengan Aktiviti Di Pejabat

Tidak semua orang boleh membuat aksi jenaka di pejabat dan mungkin anda cuba mengelakkan dari menyertai perbualan di sekeliling. Anda tidak seharusnya memilih untuk berbual dengan orang tertentu untuk menyertai apa-apa perbualan. Jangan bimbang jika anda dilabel sebagi penyibuk kerana untuk mencelah dalam apa-apa perbualan perlu ada caranya. Beri salam dan mulakan dengan bertanya apa yang dibincangkan. Anda akan diterima dengan baik. Percayalah.

Mengemas pejabat bersama-sama sebenarnya memberikan anda peluang untuk mengenali seseorang dalam suasana yang santa. Usaha ini menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang mengenali rakan sekerja anda.

IKLAN

o-busy-working-facebookKerap Terburu-buru di Pejabat

Bergerak dengan pantas dari pintu, ke meja anda, ke bilik air, kembali kepada tempat duduk, mungkin sesuatu yang biasa bagi anda, tetapi kepada orang lain, ia hanya kelihatan seperti anda berada dalam tergesa-gesa tanpa sebab. Apabila anda kelihatan seperti anda berada dalam situasi tergesa-gesa, raka-rakan sepejabat mungin tidak mahu mengganggu anda, kerana takut bahawa anda terlalu sibuk untuk mereka. Makan tengah hari di meja juga menguatkan lagi gambaran bahawa anda tidak mempunyai masa orang sekeliling.

Ia mungkin nampak susah, tetapi tak salah jika anda cuba menukar rutin and sekarang dan akan datang. Sesekali anda boleh sertai rakan-rakan pejabat anda untuk makan tengah hari di pantry mahupun di cafe. Cuba elakkan untuk memberi respon dalam satu atau dua patah perkataan jika di tegur, apa salahnya beri sedikit usaha untuk bertanya khabar ataupun bertanyakan sesuatu perkara yang buatkan rakan berasa selesa.

Jadikan ia satu matlamat pada hari-hari akan datang di pejabat anda. Minggu ini anda cuba elakkan satu atau dua daripada tabiat buruk ini dan percayalah hidup anda lebih ceria dan positif selepas ini.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry