Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Kemuncak Segala-Galanya’, AIM 22 memperlihatkan barisan artis popular membuat persembahan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, SonaOne, Yuna, Hazama, Khalifah, Sufian Suhaimi, Projector Band, Ameng dan Akim & The Majistret. Manakala penghibur terkenal Harith Iskander dan Adibah Noor menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22).

Sejumlah 80 nama dalam 16 kategori anugerah telah diumumkan sebagai calon akhir untuk edisi ke-22 itu. Senarai lima calon akhir untuk setiap kategori itu menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani dan juga pendatang baru dalam industri muzik negara dalam pelbagai genre muzik yang diterbitkan.

PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 22 (AIM 22)

1. ARTIS BAHARU TERBAIK :
Syamel

2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) –
Akim Ahmad – Potret

3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) –
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi

4. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM LAGU
De Fam – #Super Girls

IKLAN

1200x630bf5. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU
Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya

6. KULIT ALBUM TERBAIK
Bahtera – Sekumpulan Orang Gila (Pereka: Ajim Juxta)

7. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
Froya – Panic Bird (Jururakam: Lee Williams,Paul Morisson, Selgana, Drew Adams, Ivan Cheong)

8. VIDEO MUZIK TERBAIK
Stacy – Not For Sale (Pengarah: Casper)

9. LAGU POP ETNIK TERBAIK
Joget Sulam Sakti – Raja Iskandar

10. LAGU NASYID TERBAIK
Datuk Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta

11. LAGU ROCK TERBAIK
Azlan & The Typewriter – Mata Hati

IKLAN

maxresdefault-212. LAGU POP TERBAIK
Faizal Tahir – Sejati

13. LAGU HIP HOP TERBAIK
Altimet & Takahara Suiko – Janji

14. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
SonaOne – Firefly

15. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi

16. ALBUM TERBAIK
Datuk Siti Nurhaliza Unplugged – Datuk Siti Nurhaliza

17. LAGU TERBAIK
Sejati – Faizal Tahir

cm20151028_sheila_majid_01_620_413_100

18. ANUGERAH SERI WIRAMA AIM22
Sheila Majid

19. ANUGERAH KEMBARA
Yuna

ANUGERAH TEKNIKAL AIM22

20. LAGU STRIM PALING TINGGI DAN MUZIK PALING POPULAR DI YOUTUBE
Projector Band – Sudah Ku Tahu

21. JUALAN LAGU NADA DERING PEMANGGIL TERTINGGI
Faizal Tahir dan Elizabeth Tan – Setia

22. JUALAN LAGU MUAT TURUN
Akim & The Majistret

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry