Wanita seringkali menjadi mangsa kejahatan dan kekejaman. Bukan hanya pada gadis belum berkahwin, tapi yang sudah berumahtangga juga harus berhati-hati dalam hal-hal sebegini. Kes rogol, ragut, kekerasan dalam rumah tangga, gangguan seksual di rumah atau di ruang kerja merupakan masalah serius yang mengganggu masyarakat. Perempuan sering menjadi mangsa kejahatan ini pada dasarnya dianggap insan lemah. Tetapi tidak ada alasan bagi mereka untuk tak berdaya.

Jadi tidak salah bagi kaum wanita untuk belajar mempertahankan diri, namun tidak sepatutnya wanita di hukum semula selepas mereka mempertahankan diri. Apa yang menarik di dada akbar pada hari ini sangat mengejutkan.

Hari ini seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menumbuk muka bekas suaminya, Mei lalu. Raihana Anuar, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.

IKLAN

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka bekas suaminya yang berusia 32 tahun di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, kira-kira jam 8 malam, pada 16 Mei lalu. Raihana didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut laporan dari berita dalam talian, tertuduh yang diwakili peguam bela, merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menanggung dua anak berusia tiga dan empat tahun, selain pengadu kes itu sudah membuat laporan menarik balik kes. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Jika wanita dihukum kerana mempertahankan diri, jadi golongan lelaki mungkin lebih berani untuk menunjukkan taring melalukan kekerasan pada wanita.

Sumber