Untuk semua peminat kereta mewah, anda boleh rasa sedikit emosi melihat video ini. Dalam post video baru-baru ini daripada pengguna YouTube Lux Lum, kereta mewah Lamborghini Murciélago bernilai RM1.5 juta ini telah dihancurkan di hadapan khalayak umum. Mengikut laporan kereta ini dimusnahkan oleh kerajaan Taiwan kerana pemiliknya gagal mengemukan pendaftaran sahih.

Dalam laporan yang sama, kereta itu dirampas oleh polis dua tahun lalu. Pemilik pada awalnya telah diberi peluang berkali-kali, namun masih mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya pihak berkuasa telah menghantar traktor pemusnah ke rumahnya untuk menghancurkan kereta tersebut. Jom tonton video ini.

sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry