Masalah pengemis di seluruh negara termasuk Malaysia seperti tidak dapat dibendung lagi dan pada masa yang sama orang ramai kini bergantung kepada pilihan pembayaran alternatif tanpa tunai seperti kat debit atau kredit. Pada yang membawa wang syiling dalam poket pula bimbang jika diberi peminta sedekah, wang tersebut akan dibelanjakan membeli minuman alkohol, dadah atau rokok. Oleh itu, sebuah badan pengiklanan profesional di Belanda berjaya menyelesaikan permasalahan ini dengan menghasilkan sebuah jaket bayaran tanpa sentuh untuk pengemis dan orang kehilangan tempat tinggal.

contactless-payment-jacket-600x337

Cetusan idea oleh Carsten van Berkel dan Stefan Leendertse, sebuah agensi pengiklanan yang berpangkalan di Amsterdam, mencipta jaket pembayaran tanpa sentuh membolehkan orang ramai untuk menderma sebanyak 1€ kepada pemakainya dengan menggunakan kad sahaja. Pakaian unik ini mempunyai pembaca kad yang dijahit ke dalamnya, dan untuk menderma 1€ kepada pemakainya, apa yang anda perlu lakukan adalah memegang kad dekat dengan jaket untuk beberapa ketika, dan jumlah wang yang secara automatik didebitkan daripada bank akaun anda. Jaket juga dilengkapi dengan skrin LCD yang sentiasa memaparkan arahan penggunaan.

beggarsDifahamkan jumlah wang yang tetap (satu euro) masuk ke dalam akaun bank akan diuruskan oleh tempat perlindungan, dan hanya boleh digunakan untuk membeli makanan panas, menggunakan tempat mandi atau bermalam di tempat perlindungan. Usaha ini mendapat pujian dari pelbagai pihak kerana sedikit sebanyak memberi penghidupan baru pada golongan peminta sedekah.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry