Kesan kuning pada lampu hadapan kereta memang perkara biasa namun ianya membuatkan hati ini terasa sakit bila melihatnya. Kereta masih milik bank tapi dah nampak susut nilainya. Sesuatu harus dilakukan kerana sayang kereta yang tiap-tiap bulan dibayar ansurannya tapi berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

toothpasteBahan yang diperlukan untuk mengembalikan sinar pada lampu hadapan kereta yang sudah kuning itu ialah ubat gigi, polish kereta dan tisu. Mudah dan murah sebenarnya kalau dah sedia ada polish di rumah. Selepas diratakan tisu basah digunakan untuk memudahkan proses menggosok ubat gigi tersebut.

Gosok dalam bentuk pusaran mengikut arah jam sehingga permukaan lampu terasa licin dan warna kuning mula menyusut. Lepas selesai langkah ini bersihkan permukaan lampu serta keringkan sebaik-baiknya.

Lihat video ini bagaimana ia dilakukan dan sangat berkesan.