Seperti yang kita sedia maklum, sebenarnya fenomena bercinta di kalangan murid sebenar telah lama wujud dan tidak dapat dibendung. Ini kerana ia merupakan naluri semulajadi setiap remaja, iaitu perasaan ingin menyayangi dan rasa ingin disayangi dengan berlainan jantina.

Baru-baru ini viral  sepucuk surat dari seorang murid sekolah pada teman lelakinya. Surat itu adalah kontrak percintaan antara dua murid ini serta syarat-syarat yang di tuntut. Kelihatan ia sangat lucu dan mendapat perhatian oleh pengguna media laman sosial.

15780964_957815917686399_7845571998605446204_n-1

Murid perempuan ini juga meletakkan syarat-syarat seperti jangan menipu, memberi amaran supaya perhubungan ini akan bertahan sehingga 3 tahun, jangan merokok dan sebagainya.

Kontrak yang hanya bertulis di atas kertas turut di sertakan tanda-tangan kedua-dua pihak. Ia seolah-olah perjanjian kontrak yang agak serius dan dramatik. Mungkin apa yang di lakukan ini banyak di pengaruhi oleh drama cinta yang kini semakin popular di kaca TV.

Apa yang menjadi persoalan pada penulis, mengapa murid sekolah ingin bercinta? Kita perlu sedar kita hanya mampu melarang pelajar dari terjebak dengan cinta, namun kita tidak mampu membendungnya kerana ia merupakan fenomena semulajadi dalam kejadian manusia. Jika kita melarang sekalipun, pelajar tetap akan bercinta secara berahsia, ini akan merumitkan lagi keadaan.

Sumber FB D’Jesselton Sabah

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry