Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Relevan Lagi Ke Guna ‘Ejen Pelancongan’ Untuk Bercuti? Pertimbangkan 5 Perkara Ini!

by Phic ARMAN
March 10, 2016
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkembangan teknologi dalam talian telah menjadi ancaman kepada Ejen Pelancongan, manakan tidak, terlalu banyak aplikasi telefon yang muncul menyediakan perkhidmatan pelancongan yang ternyata jauh lebih murah. Tapi adakah ia benar-benar selamat dan terjamin?

Kemudian kita disogokkan dengan dakwaan bahawa Ejen Pelancongan biasanya ‘cekik darah’ kerana sering mengenakan harga terlalu mahal.

Hakikatnya, ramai yang tidak sedar tentang kelebihan sebenar menggunakan perkhidmatan Ejen Pelancongan ini yang ternyata lebih banyak manfaat.

Jadi, sebelum anda merancang untuk menguruskan sendiri percutian anda, apa kata anda  pertimbangkan 5 hal ini untuk menggunakan perkhidmatan Ejen Pelancongan.

Ejen Pelancongan Selalunya Ada ‘Kabel Kuat’ Dengan Pembekal Di Serata Dunia

Ramai pelancong yang berfikir bahawa dengan menggunakan agen perjalanan kos yang ditawarkan akan lebih mahal,  padahal kebanyakkan agen pelancongan ada ‘kabel’ kuat atau kerjasama  dengan pembekal dan pengendali perjalanan tempatan, malah dapat menawarkan harga yang lebih murah.

Tetamu yang tiba tanpa tempahan melalui ejen pelancongan membayar harga standard/biasa untuk memasuki tempat pelancongan, sedangkan jika mereka menempah melalui ejen pelancongan, pelancong akan mendapat potongan harga diskaun sehingga 70%. Kan dah jimat tu!

 ‘Face To Face’ VS ‘Online’. Mana Lebih Selamat?

Adakah anda rasa selamat menguruskan segala tempahan hotel & aktiviti secara dalam talian? Jika anda ragu-ragu, lebih baik mendapatkan khidmat Ejen Pelancongan dan berunding secara ‘face to face’ mengenai tempat menarik.

Dengan menggunakan ejen pelancongan, mereka akan memberi cadangan kepada pelanggan contohnya apakah tujuannya apabila tiba di sana, berapa lama dan berapa banyak kosnya. Semua orang akan mempunyai cadangan yang berbeza, kerana keperluan mereka adalah berbeza.

Mereka akan pastikan anda menikmati percutian dengan baik. Selain mereka mahukan perjalanan anda berjalan lancar, maklum balas yang positif pelanggan menjadi keutamaan mereka.

Percutian menjadi lebih menarik, Kenapa?

Sudah tentu, kerana semasa percutian, anda tidak perlu berfikir tentang banyak perkara, mulai dari laluan perjalanan ke tiket untuk memasuki tarikan pelancong.

Semua disediakan, itu kerana mereka adalah sangat profesional dalam bidang mereka dalam mengendalikan perjalanan seluruh dunia.

Masa Dapat Diuruskan Dengan Efisien

Setiap ejen pelancongan biasanya menyediakan itinerary atau disebut jadual perjalanan Dalam jadual itu, ia dijelaskan dari mula anda berangkat sehingga ke mana anda mahu pergi. Dan anda juga tahu tempat-tempat pelancongan dengan masa yang telah ditetapkan.

Tak Perlu Bimbang Jika Berlaku Bencana Alam

Merancang percutian telah menjadi sangat rumit sejak kebelakangan ini dengan bencana alam, penularan virus yang menjejaskan banyak destinasi. Apabila berlakunya hal-hal yang tidak diingini ini, orang ramai mudah panik dan memutuskan untuh menangguhkan percutian. Ada yang terpaksa membatalkan tikat penerbangan, tempahan hotel dan sebagainya.

Dengan menggunakan Ejen Pelancongan, anda bukan sahaja dimaklumkan cepat tentang perkembangan semasa yang boleh menjejaskan perjalanan tetapi mereka juga boleh membantu menukar tarikh perjalanan atau mencari penginapan alternatif.

Pilih Ejen Pelancongan Yang Diyakini

Di samping itu, satu lagi perkara yang lebih penting ialah anda mesti memastikan bahawa agen pelancongan yang dipilih adalah profesional dan bertauliah. Jika tidak, anda boleh tertipu, terpaksa membayar lebih atau tidak mendapat keselesaan semasa perjalanan.

Jika anda mahu mendapatkan Ejen Pelancongan yang diyakini, bolehlah berkunjung ke laman sesawang Sedunia Travel. Syarikat pelancongan ini berpengalaman lebih dari 40 tahun menawarkan pakej pelancongan di seluruh Asia dan kini ke Eropah.

Semoga bermanfaat

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/coa0v
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem