Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Kerana Isu Teknikal Wan Shades Tarik Balik Saman Terhadap Rotikaya

by Phic ARMAN
February 28, 2017
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Wan Shades telah menarik balik samannya terhadap pemilik portal hiburan Rotikaya kerana tuduhan menfitnah merogol anak tirinya sendiri.

Wan Shades, atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 44, telah menfailkan saman sebanyaka RM1 juta sebagai ganti rugi.

Pada 31 Mac tahun lepas, Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 44, memfailkan saman fitnah terhadap Nor Hamzie Md Hambali, 32, dengan mendakwa pada 20 Februari 2012, Nor Hamzie telah menerbitkan sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog itu yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Kredit Foto: Mstar

Peguam Mohamad Lokman Abd Rahman yang mewakili defendan (Nor Hamzie) memberitahu media bahawa plaintif (Mohamad Faizal) menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk memfailkannya semula.

Katanya,Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik saman itu atas alasan ia melibatkan isu undang-undang.

Artikel berunsur fitnah dalam blog itu yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Beliau berkata demikian selepas kes itu disebut di dalam kamar hakim dengan dihadiri peguam Nik Farhan Nik Mohd Tahir bertindak bagi pihak plaintif yang turut mengesahkan perkara itu.

https://www.youtube.com/watch?v=KExnitVRMjE

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitkan dalam artikel itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitkan dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna Internet.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinya sedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri dan juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa di mahkamah berhubung kejadian rogol.

Wan merupakan vokalis kepada kumpulan Shades yang dikenali dengan cara nyanyian berharmoni dan acapella. Dinobatkan sebagai kumpulan acapella pertama Malaysia, Shades ditubuhkan pada tahun 1993 oleh lima orang anak muda.

Fazura Disaman RM4.65 Juta! Ini 5 Fakta Yang Tersirat Di Sebalik Isu Tudung Ini

Sumber MyNEwsHub & BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
artis malaysiaHiburanrotikayasamanViral
https://lomp.at/y2r1m
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem