Seorang artis terkemuka dari Amerika telah melukis potret orang yang sudah mati dengan menggunakan abu dari mayat itu sendiri.
Heide Hatry, 51, yang tinggal di New York, telah memperingati kehilangan orang yang tersayang dengan menghasilkan potret dari abu pembakaran mayat sejak tahun 2008.
Heide berkata: “Saya telah mengalami kesedihan yang sangat teruk dan tidak menerima kenyataan apabila pemergian orang yang tersayang.
Heide telah menemui idea ini secara kebetulan selepas melihat abu dibakar buat kali pertama dan dia amat tersentuh apabila berdepan dengan pengalaman sebegini.
Kemudian dia mengambil keputusan untuk melukis sebuah potret bapa dan ibunya dengan menggunakan dari abu.
Heidi berkata karya sebegini salah satu cara yang baik untuk mengingatkan seseorang. Pengalaman untuk menghasilkan potret sebegini sungguh mistik dan harus dibuat dengan teliti dan perlu folus sehinggakan dia terasa bersama dengan si mati malah dia sering bercakap bersendirian ketika melukis.
Kini potret ini dipamerkan di Galeri Ubu di New York yang berlangsung sehingga 12 Mei.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.