Thursday, November 30, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Donna Nafi Muatnaik Gambar Tupai Sindir Rita

by Phic ARMAN
March 6, 2017
Share on Facebook

Selepas isu dituduh menggoda suami orang dan menjadi punca pergolakan rumah tangga pelakon Aqasha dan isterinya, sekali lagi Rita Rudaini dihimpit dengan isu hangat melibatkan teman baiknya yang dikatakan bercinta dengan Rita. Donna Muslin yang merupakan pengacara Hlive telah memuat naik satu gambar serta kapsyen yang seolah-olah ditujukan pada Rita.

Namun Donna menafikan mengenai niat buruk tersebut dan menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan isu yang melanda Rita pada masa ini. Oleh kerana orang ramai yang tidak pernah insaf bersangka buruk pada selebriti, Donna telah memadam foto tersebut serta-merta kerana bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya muat naik gambar hiasan itu secara jujur dan ia memang tiada kaitan dengan isu terbabit. Sebaliknya, ia berkaitan dengan situasi saya alami sendiri membabitkan kawan. Biasalah, ada kawan yang kita percaya, tetapi tikam dari belakang dan macam-macam lagilah. Saya bagaimanapun memang tidak menujukan gambar itu kepada dirinya. Tapi biasalah, netizen mula mengandaikan ia memang merujuk kepada situasi itu.”

Donna turut menegaskan bahawa dia tiada kesempatan untuk mengikuti gosip yang melanda Rita pada masa ini.

Gara-gara gambar itu juga, ada yang mula memberi komen pedas dan andaian bukan-bukan. Jadi, saya ambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan mengeruhkan perkara yang disalahtafsirkan. Ikutkan, saya tak tahu pun kontroversi membabitkan mereka. Saya hanya mengetahui perkara itu pun menerusi kawan yang memaklumkannya.

Saya pun sudah lama tidak menjadi pengikutnya di laman Instagram. Dia pun tak pernah ‘follow’ saya. Jadi, mustahil saya ada niat jahat dengan memuat naik gambar hiasan itu.

Itulah asam garam untuk menjadi selebriti, peminat-peminat diluar sana sememangnya lebih hebat dari pegawai penyiasat negara. Ada saja isu yang nak dibangkitkan. Kalau boleh mereka nak sangat selebriti-selebriti di negara kita bergaduh. Apa yang penulis boleh katakan, pada Donna dan Rita, jangan sesekali melatah apabila dihimpit isu hangat sebegini. Netizen tidak akan henti mencemuh dan mengecam jadi mereka harus saling mempercayai antara satu sama lain.

Sumber

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER artis malaysiagosipritarita rudainiViral
Share1Tweet1SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kongsi Gambar Koleksi Baru Tudung, Netizen Mula Perasan Sesuatu Pada Baju Fazura

  2. 2

    [VIDEO] Bella Astillah Menari Dipuji Netizen!-“Lembut Betul Dia Menari”

  3. 3

    Petua Kecantikan Orang Dulu Yang Popular, No.2 Paling Ramai Buat Sampai Sekarang!

  4. 4

    Pencinta MotoGP Wajib Tahu! Tissot Perkenalkan T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad

  5. 5

    “Boleh Bungkus Baju Dan Balik Kampung!” – Michael Ang Selar Kegiatan Menipu Mak Cik Kemboja

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes