Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

(VIDEO) Luahan Kecewa Isteri Aliff Syukri Kerana Suami Semakin Riak

by Phic ARMAN
March 10, 2017
Share on Facebook

Masih ramai yang tidak mengenali Datuk Aliff Syukri yang sering berkongsi aktiviti kehidupannya di media sosial. Aliff gemar berkongsi kemewahan dan kejayaan yang dikecapi untuk menjadi inspirasi orang ramai.

Namun kadangkala perkara yang dia kongsikan telah disalah erti oleh sesetengah pihak dengan menganggap tindakan Aliff seperti mahu menunjuk-nunjuk. Aliff dikecam teruk oleh netizen yang menuduh beliau tidak bersyukur kerana memuat naik kapsyen seakan tidak selesa menetap di rumah ala kampung miliknya dengan 8 buah bilik.

Rumah saya sementara menunggu rumah baru siap. Di sini sunyi dan sejuk memang kekok sedikit kerana rumah ni agak kecil sedikit. Ada 8 bilik tapi bilik kecil. 3 bilik digunakan untuk simpan baju sahaja dan di situlah bilik pembantu rumah seramai 4 orang dan anak 3 orang. Tukang kebun lagi. Tapi nak buat mcm mana kan. Dugaan menunggu rumah tengah disiapkan.

Menurut Aliff, beliau bukan ada niat mahu menunjuk-nunjuk dan merasa riak seperti didakwa tetapi cuma ingin berkongsi perasaan beliau ketika itu kepada rakan media sosialnya.

Pada masa yang sama, Aliff tampil memohon maaf terhadap isu yang sudah viral itu dan turut menjelaskan maksud disebalik kapsyen yang mendapat perhatian ramai.

Susulan dari isu ini, Aliff telah memuatnaik satu video bersama isterinya, Shahida, di mana isterinya menegur sikap Aliff yang suka menunjuk-nunjuk di media sosial.  Shahida luahkan rasa kecewa kerana dia mendapat tempias dari tindakan suaminya itu. Ramai yang menyerang akaun milik peribadi isterinya dan melemparkan komen-komen negatif padanya. Namun dalam video singkat tersebut, Aliff sendiri menegaskan dia tidak menghalang mana-mana individu untuk lemparkan komen-komen negatif ini dan jika dia melayan mungkin boleh jadi gila.

[VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"

https://www.instagram.com/p/BRceZoqBgnA/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris&hl=en

Terdahulu pengasas produk D’Herbs ini mencetuskan kontroversi dengan mengaku telah berkahwin dua menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Shahida ke laman sosial Instagram.

Sumber

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aliffsyukrid'herbsproduk dherbsterlajaklarisViral
https://lomp.at/lyptl
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem