Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aizat Amdan Dedah Kisah Sedih Di Sebalik Lagu ‘Jangan Menangis’

by Phic ARMAN
March 13, 2017
Share on Facebook

Aizat Hamdan baru sahaja menampillkan single terbaru yang berjudul ‘Jangan Menangis yang merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir , Mike Chan dan Aizat sendiri.

Buat pertama kalinya lagu “Jangan Menangis’ ini menggabungkan kerjasama antara dua buah syarikat rakaman iaitu Warner Music (M) dan Faithful Music, kerana sebelum ini kita sudah sedia maklum bahawa kesemua lagu dan album Aizat adalah keluaran Kasi Gegar Entertainment (KGE).

https://www.instagram.com/p/BRRwe4PFkhN/?taken-by=aizatamdan&hl=en

Tercetusnya inspirasi untuk menghasilkan lagu ini datangnya dari pengalaman Aizat ketika beliau bersama-sama Faizal Tahir, Noh Hujan dan Muadzulkefly menyertai expedisi 1Moment4them pada tahun 2013. Expedisi ini sebuah kembara bagi membantu rakyat bumi Syria menghadapi peperangan sivil.

YouTube video

Namuh di sebalik lagu ini, ada kisah menarik yang dikongsikan. Dalam temu bual ekslusif bersama media di majlis pelancaran tersebut, Faizal Tahir memberitahu, Aizat dalam persimpangan dilema dan datang ke studio. Aizat berhasrat mahu keluar dari rumah keluarga untuk tinggal di rumah sendiri namun rasa berat untuk memaklumkan pada keluarganya.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Kemudian dari dilema ini, tercetus idea hasilkan lagu ‘Jangan Menangis’ dan bait-bait lagu ini mungkin satu cara untuk dia memberitahu pada keluarganya untuk pindah dari rumah yang dia diami sekarang.

Faizal Tahir menganggap Aizat merupakan seorang anak yang manja dan selama ini dia tinggal bersama keluarga tidak pernah berpeluang duduk sendiri. Aizat sangat menjaga hati keluarga dan enggan untuk berterus -terang pada keluarganya kerana bimbang kedua orang tuanya akan sedih.

Namun lagu ini sudah cukup untuk memujuk hati orang tunaya supaya melepaskan dia untuk tinggal bersendirian dan berdikari.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Walaubagaimanapun, konsep serta penceritaan lagu ini juga bersifat universal kerana kesedihan boleh berlaku kepada setiap individu bergantung kepada situasi yang mereka hadapi.

Bila bertanya mengapa Aizat memilih Faizal Tahir untuk menghasilkan single ini, secara ringkas  menjawab dia sangat selesa bekerja dengan Faizal Tahir.

Saya sudah lama mengenali Faizal Tahir dan kami sama-sama mengharungi saat suka dan duka sewaktu pengembaraan  expedisi 1Moment4them yang lalu. Jadi hubungan kami semakin erat dan selesa berkerja bersama.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Selepas 3 tahun menyepi di mana terakhir Aizat lancarkan adalah album ‘Legasi’, Aizat sebenarnya lebih aktif di belakang tabir menghasilkan karya-karya seni berbanding mengadakan persembahan.

Harapan Aizat adalah menjadikan lagu ini sebagai sesuatu yang dapat memberi ketenangan kepada pendengar justeru dapat meneruskan kehidupan seharian mereka dengan tabah walaupun ditimpa kesusahan.

[VIDEO] Remaja Lari Lintang-Pukang Dikejar Anjing Buat Netizen Terhibur- "Baju Biru Tu Punca"
aizatamdanfaizaltahirmuzikViral
https://lomp.at/ym4eg
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara