Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026
Share on Facebook

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A Regal Evening bersama pemain piano terkenal dunia, Sir Stephen Hough, pada 24 Oktober 2026 di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Sir Stephen Hough
Sir Stephen Hough

Bermula jam 8 malam, konsert ini menampilkan dua karya agung Ludwig van Beethoven yang menjanjikan pengalaman muzik penuh emosi dan keindahan. Bukan sekadar duduk menikmati alunan muzik, tetapi peluang untuk menghayati karya klasik yang terus relevan merentas generasi.

MPO Tampilkan Konsert ‘Emperor’ Bersama Stephen Hough

Diterajui Pengarah Muzik MPO, Junichi Hirokami, persembahan ini mengetengahkan Piano Concerto No. 5, yang lebih dikenali sebagai Emperor.

Karya yang dihasilkan pada 1809 ini terkenal dengan bunyi megah, bersemangat dan penuh keberanian. Dengan durasi hampir 40 minit, karya tersebut dianggap antara konsert piano Beethoven yang paling berpengaruh.

Lebih menarik, MPO kembali menyambut kehadiran Sir Stephen Hough, pemuzik virtuoso yang mempunyai pengalaman lebih empat dekad di pentas antarabangsa.

Menurut biografi rasmi beliau, Hough merupakan pemain piano klasik pertama yang menerima MacArthur Fellowship. Beliau turut menerima gelaran kesatria pada 2022 atas sumbangannya dalam bidang muzik.

Beethoven Lengkapkan Malam Dengan Simfoni Keempat

Pengarah Muzik MPO, Junichi Hirokami

Selepas persembahan Emperor, penonton bakal menikmati Symphony No. 4 in B-flat, karya yang menggabungkan melodi indah dengan tenaga muzik yang dinamik.

Menurut Boston Symphony Orchestra, simfoni ini mempunyai gabungan unsur lirik yang tenang dan semangat muzik yang bertenaga.

Bagi MURAI, konsert ini boleh menjadi peluang untuk mereka yang mahu mengenali muzik klasik dengan lebih dekat. Tak semestinya perlu menjadi pakar muzik untuk menghargai sebuah persembahan yang berkualiti, betul tak?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sir Stephen Hough
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

pami thailand
Spotlight

“loser”, Artis Thailand pami Mahu Terus Bercinta Untuk Elak Rasa Sunyi

by Nurul A.
October 5, 2026

Artis Thailand, pami, kembali dengan single terbaharunya, ‘loser’, yang meneroka sisi rapuh percintaan remaja masa kini. Terperangkap antara keinginan untuk...

Read moreDetails
Spotlight

4 Drama Baharu TV AlHijrah Ini Bawa Cerita Islamik Dengan Cara Berbeza

by Phic ARMAN
September 11, 2026

Kalau anda fikir kandungan Islamik hanya berkisar tentang ceramah atau kisah agama yang serius, mungkin sudah tiba masa untuk ubah...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia...

Read moreDetails
Putera Harry & Meghan Markle
Spotlight

Kepulangan Putera Harry & Meghan Markle Cetus Kegusaran Kerabat Diraja British

by Nurul A.
August 21, 2026

Enam tahun lalu Putera Harry dan Meghan Markle telah mengejutkan rakyat Britain dengan berita pemergian mereka daripada negara itu serta...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Spotlight

Nam Ron Jadi Antara Wajah Pilihan UNIQLO, Gayakan Siri EZY Jeans

by Phic ARMAN
September 13, 2026

Siapa kata jeans hanya sesuai untuk satu gaya? Bagi pelakon Nam Ron, denim boleh digayakan mengikut personaliti dan cara tersendiri....

Read moreDetails
Foto - @mileycyrus (IG)
Spotlight

Bekas Penyanyi Disney Dakwa Jadi Mangsa Buli Miley Cyrus

by Nurul A.
August 28, 2026

Bekas penyanyi Disney, Jordan Pruitt telah menuduh penyanyi Miley Cyrus membulinya ketika mereka masih remaja.  Dakwaan itu telah mencuri perhatian...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara