Barita kurang baik buat penggemar filem animasi terhebat tahun ini keluaran Walt Disney. Ini kerana tayangan filem yang sepatutnya pada 16 Mac, telah ditangguhkan oleh kerana filem ini ada memaparkan satu watak gay yang dilakonkan oleh aktor Josh Gad.

Filem yang dibintangi oleh Emma Watson & Dan Stevens ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya Bill Condon ada mendedahkan kenyataan dalam sebuah majalah di UK, Attitude bahawa watak Le Fou merupakan seorang gay (pengamal hubungan sejenis).

Akibatnya, Russia mengenakan sekatan ke atas filem itu, dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

The Walt Disney Co (Malaysia) difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai penangguhan serta pengharaman filem itu di negara ini.

Walaubagaimanapun, rayuan untuk menayangkan filem itu dipercayai sudah dihantar kepada pihak berkaitan dan sekiranya tayangan diluluskan, ia berkemungkinan besar akan menemui penonton dalam masa terdekat.

Sumber

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry