Semalam satu berita kurang menyenangkan bagi penggemar filem animasi Beauty & The Beast. Filem ini terpaksa ditangguhkan tayangannya yang sepatutnya boleh ditonton pada 16 Mac ini. Difahamkan filem ini ditunda kerana mempunyai babak-babak yang mungkin sensitif dan tidak sesuai di tonton oleh rakyat Malaysia.

Kredit Foto: www.eh.com.my

Pembatalan tayangan filem ini mendapat reaksi negatif mahupun positif dari netizen. Ada yang betul-betul rasa hampa dan kecewa dengan pembatan ini. Pelakon dan penyanyi popular Fazura turut terkesan dengan isu ini dan melahirkan rasa kecewa atas pembatalan itu menerusi media sosial. Namun luahannya mendapat kritikan dan kecaman oleh peminat.

IKLAN

Menerusi laman twitter Fazura sendiri, dia mempersoalkan mengapa tayangan filem Beauty & The Beast dibatalkan dan apakah relevannya. Dalam masa yang sama Fazura tidak menyangka bahawa iman mereka umpama senipis kulit bawang.

Dengan perkongsian setinggi 4 ribu pengikutnya, kenyataan Fazura menerusi laman twitter itu menjadi hangat dan tular. Mereka menyifatkan tindakan Fazura yang mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir.

Netizen memperlekehkan kenyataan Fazura apabila mengungkap ‘Iman Senipis Kulit Bawang’ tidak mencerminkan personalitinya. Namun ini hanya sekadar pandangan. Netizen di luar sana tidak sepatutnya menghentam kenyataan Fazura hanyalah luahan rasa kecewa pada pembatalan tayangan filem tersebut dan tidak menudung jari kepada mana-mana pihak.

Sumber & Gambar: glam.my