Beliau bukan hanya menempa nama dalam industri seni tempatan, bekas juara dewi remaja ini turut mencipta kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Mana tidaknya, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dilihat begitu komited menguruskan perniagaan tudung jenama Naelofar berjaya menjadi perhatian pembelinya sehingga tercetus fenomena luar biasa di kalangan wanita berhijab di negara ini.

Menerusi Instagram Neelofa, dia ada memuat naik sebuah video di mana beliau sedang menjalani sesi fotografi bagi majalah terkenal luar negara, Forbes.

Seperti mana yang kita tahu, Forbes terkenal dengan memaparkan usahawan-uasahawan termasuk orang-orang terkaya di dunia.

IKLAN

Video ini dihujani dengan resopon positif dari peminat Neelofa dan kebanyakkan memuji beliau kerana terpilih untuk muncul di Forbes.

Mungkin ini salah satu impian untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk tampil berani memulakan perniagaan. Apa agaknya yang menjadi topik hangat untuk kemunculan Neelofa dalam majalah Forbes itu kan?

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry