Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Kompilasi Pakaian ‘Buruk’ Artis Malaysia Di Majlis Anugerah

by Rory Kim
March 21, 2017
Suit ikan jerung Dato Ac Mizal. Pelik atau unik? Foto - astrogempak

Suit ikan jerung Dato Ac Mizal. Pelik atau unik? Foto - astrogempak

61
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja majlis anugerah pasti kita semua membayangkan bintang-bintang hiburan bakal menyarung busana nan indah dan gemerlapan. Diikuti dengan aksesori dan solekan yang menarik serta cantik untuk tampil dihadapan peminat secara langsung atau menerusi kaca televisyen.

Pada majlis terbesar seperti itu jugalah, ramai pereka-pereka fesyen mahu menonjolkan idea yang terbaik dengan menjadi para selebriti sebagai kanvas mereka. Cantik dimata selebriti, bergaya pada pendapat si pereka tapi tidak menepati rasa peminat. Hasilnya pilihan mereka dikritik keras oleh netizen dan menjadi bualan semasa. 

Siapakah mereka dan ingatkah lagi anda pada busana ini? 

Neelofa – Anugerah MeleTOP ERA 2014 

Jumpsuit merah jambu dan dress labuh hijau yang disarung oleh Neelofa ini pernah menjadi hiburan media sosial menyamakan Neelofa dengan karakter Power Rangers dan animasi Dragon Ball. Sabar jelah…

Foto – www.mynewshub.cc

Didie Alias – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 

Oh Didie! Iya satu Malaysia memang maklum dengan kepelikan Didie Alias bila tampil ke acara karpet merah. Dari aksesori rambut, solekan sehinggalah sepatu yang dia bawa pasti ada sahaja yang ‘menakutkan’ tapi Didie telah menjelaskan dia hanya membawa penampilan seperti hanya ke acara pentas. 

Foto – beautifulnara.com

Fida – Anugerah Skrin 2011

Wrap dress yang terlalu ‘menonjol’ untuk Fida yang kita tahu dia seorang yang bersederhana. Busana ini datang bersama satu set turban yang kelihatan berat pada Fida. 

Foto – www.budiey.com

Fizo Omar – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 

Alahai sangat Fizo Omar dulu-dulu.. Kot labuh merah bersama sisipan jalur biru kelihatan sangat buruk dan tidak eksklusif. Tak apalah yang penting Fizo tampak yakin dengan gayanya! 

Bilal Bijak Dan Boleh Hafal Al-Quran, Neelofa Akui Tiada Niat Mahu Menunjuk-Nunjuk Anaknya
Foto – google

Awal Ashaari – Kuala Lumpur Fashion Week 

Tak sesuai. Awal pernah dikecam netizen kerana menyarung ‘skirt’ di acara Kuala Lumpur Fashion Week. Mungkin dia mahu mencipta satu nafas baru untuk fesyen lelaki tapi di Malaysia? Tak sesuai. 

Foto – Oh! Semput

Fara Fauzana – Anugerah Juara Lagu 30

Busana ini pernah menjadi ‘ejekan’ netizen dianggap sama seperti warna dan bentuk ayam belanda. Walau apa pun Fara Fauzan tetap tampil ayu dan sopan. 

Foto – GosipMalaysia

Hunny Madu – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 

Siap ke tak siap ni? Hunny Madu anggun berwarna merah tapi struktur baju ini tidak menarik seolah-olah ia hanya ditampal kerana tidak cukup fabrik. Oops! 

Foto – beautifulnara.com

Tidak semua orang memiliki yang terbaik atau tidak semua orang dapat memuaskan hati pada mata yang memandang. Samada pilihan rekaan itu yang buruk atau tidak kena pada orangnya terpulang pada pendapat masing-masing.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
artis malaysiadidie aliasfesyenfesyen pelikfizo omarhunny madulawakneelofaViral
https://lomp.at/pu4rc
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem