Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Harap Jangan Disekat, Filem #PowerRangers 2017 Ada Watak Lesbian

by Soph Azz
March 21, 2017
Foto - Lionsgate

Foto - Lionsgate

Share on Facebook

Hmm… nampaknya filem adiwira #PowerRangers yang dinanti-nantikan selama ini turut mempunyai adegan serta karakter yang tertumpu pada ‘hubungan sejenis’.

Menurut sebuah ulasan, salah satu adegan yang memaparkan watak gadis bernama Trini (Rangers Kuning) yang dilakonkan oleh penyanyi Becky G ternyata mengundang spekulasi.

Yellow Rangers, Trini lakonan Becky G. Foto – Lionsgate

Ya, ini adalah fakta yang boleh dikira mengejutkan kerana watak sebenar #PowerRangers wanita berwarna kuning adalah bukan lesbian.

Jalan penceritaan yang merangkumi watak lesbian itu kemudiannya telah disahkan oleh pengarah filem tersebut sendiri iaitu Dean Israelite. Katanya watak itu dianggap ‘penting’ untuk menjayakan filem tersebut.

Foto – sushibomb.net

Wartawan The Hollywood pula memetik kenyataan Dean yang berbunyi, “Untuk watak Trini, dia memang keliru akan sifat dirinya. Namun dia masih lagi tercari-cari akan identiti sebenar dirinya. Bagi saya apa yang menarik tentang babak itu dan apa yang babak itu cuba sampaikan adalah cuma ‘perkara biasa’. Filem ini cuba menyampaikan mesej bahawa mana-mana kanak-kanak atau remaja pun berhak menentukan kemahuan diri mereka”.

Tonton Trailer Power Rangers 2017

YouTube video

Terdahulu, watak Rangers Biru dalam siri original yang ditayangkan sekitar era 90an pernah berterus-terang bahawa dirinya adalah seorang gay dan tidak lama selepas itu memutuskan untuk meninggalkan siri tersebut kerana mendapat kecaman hebat daripada netizen berhubung orientasi seksual dirinya.

Power Rangers 1993. Foto – Cracked.com

Walau bagaimanapun, filem adiwira yang dinantikan oleh jutaan peminat Power Rangers dari seluruh pelusuk dunia ini bukanlah filem kanak-kanak pertama yang berani menampilkan watak LGBT kerana baru-baru ini, filem Puteri Disney Beauty and the Beast turut menerima kritikan hebat dek kerana merangkumkan watak gay yang diberi nama LeFou lakonan Josh Gad dalam plot.

[VIDEO] Kerana Hadiah, Nyanyian Pemuda Ini Cetus Gelak Tawa- "Kukira Opera Wings Rupanya..."

SUMBER

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Filem Power Rangers 2017 Pamer Watak LesbianHiburanPower RangersViral
https://lomp.at/6mr1p
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem