Selepas beberapa video iklan jamu dianggap berunsur lucah menjadi viral, Liana Rosli menjadi perhatian umum sehinggalah aksi spontannya menjadi kritikan dan reaksi negatif.

Komen netizen sememangnya cukup pedas dan kasar sehinggakan mereka melontar kata-kata buruk, caci maki dan sebagainya terhadapnya.

Liana Rosli merupakan anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri. Ibu mana yang tak terkesan jikan anaknya sering dihina di media sosial.

Dikecam sebagai ibu yang tidak pandai menjaga anak, ini respon Normah Damanhuri khas buat netizen.

IKLAN

Anak-anak adalah anugerah teragung Tuhan. Jangan sedap mengherdik dan menghina mereka. Apa pun mereka buat, jika anda sakit hati sekalipun usah lontar kata-kata berlapikkan kebencian.

Normah turut meluahkan rasa tidak sanggup membaca kritikan netizen yang menghina dengan kejam sekali.

Saya kenal anak-anak saya. Baik buruk mereka, saya tahu. Hati ibu mana yang sanggup membaca komen menghina seperti itu. Jangan menilai mereka hanya dengan media sosial.

Saya menangis apabila anak-anak diperlaku begini. Ada juga yang kata saya tak pandai jaga anak? Jika mak anda pandai sangat jaga anak, kenapa kalian boleh menghina orang sebegitu kejam? tegasnya.

Walaupun anaknya melakukan aksi yang agak terlampau, dia sering memberi nasihat dan akui Liana sememangnya memiliki karakter yang menghiburkan.

IKLAN

Tipulah kalau saya tidak marah. Saya selalu memberi nasihat, jangan terlampau dalam melakukan sesuatu. Anak-anak dengar dan amalkan. Cuma kalau bab Liana, itu memang perangai dia, spontan dan menghiburkan.

Tidak sesekali dia terlintas untuk menyalahkan anak-anaknya kerana masing-masing sudah besar panjang. Apa yang mustahak, mereka sekeluarga bahagia.

Nak cakap apa, cakaplah. Yang penting, kami sekeluarga bahagia. Saya bangga dengan anak-anak. Kami memang cukup rapat. Tak suka tak mengapa, kita fokus kepada yang suka sahaja.

Dari sudut positif, bukan semua yang melemparkan kata-kata penghinaan terhadap Liana. Pengikut Liana di laman sosialย ada yang tidak menghukum video berkenaan, malah berasa kagum dengan gaya penyampaiannya.

Selain mendakwa jualan produknya makin meningkat, beliau juga berkata ramai peminat yang suka pada gayanya menunggu-nunggu video baru daripadanya.

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry