Faizal Tahir, Irma Hasmie & Farah Asyikin adalah antara tiga orang selebriti mewakili Malaysia dalam sebuah projek amal bertajuk A Tile For Seville bersama 4 orang lain dari negara berbeza. Projek apa dan apakah aktivitnya? Mari lihat foto-fotonya.

‘A Tile For Seville’ adalah sebuah projek amal yang menyatukan 7 orang ikon muslim dari 3 negara berbeza seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura.

IKLAN

Indonesia sendiri diwakili oleh 2 selebriti cantik berhijab Oki dan Dewi. Sementara itu Elfaeza Ul Haq mewakili negara Singapura. Tiga selebriti dari Malaysia, Farah Asyikin, Suffian Amrin, Irma Hasmie dam Faizal Tahir terpilih untuk menjayakan misi ini.

Tujuan dan misi projek ini adalah bagi mengumpulkan dana untuk membina sebuah masjid di Seville, Spanyol.

Seville dipilih kerana merupakan salah satu kota di Sepanyol dengan penduduk Islam terbesar. Jumlah keseluruhan mencecah 25 ribu orang muslim tinggal di sana ketika ini.

Sasaran dari sumbangan yang masuk dari projek ini adalah US$ 19,3 juta atau sekitar RM 90 juta.

7 ikon ini akan menghabiskan masa di Sepanyol bermula dari 20 hingga 28 Maret mendatang. Respek pada Irma, Faizal dan Farah, serta semua orang di sebalik kerja sosial ini. Semoga pengumpulan dana berjaya mencapai matlamatnya.

IKLAN