Pelakon Shah Rukh Khan bersama penerbit filem “Raees”, Excel Entertainment, telah diarahkan untuk merekodkan kenyataan mereka berkaitan dengan kematian seorang lelaki di stesen kereta api Vadodara semasa promosi filem itu.

Fahreed Khan Pathan telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 23 Januari lalu selepas dia sesak nafas terperangkap di khalayak orang ramai di stesen kereta api untuk melihat kelibat pelakon tersebut.

Kami telah mengeluarkan saman kepada Shah Rukh Khan dan bersama-pengeluar filem, Excel Entertainment. Kami telah memberikan kepada mereka 7 hari masa untuk merekodkan kenyataan mereka, kata Timbalan Penguasa Polis (Keretapi) Tarun Barot.

Pada 2 Mac, mahkamah majistret kehakiman di sini telah mengarahkan Government Railway Police mengemukakan laporan siasatan terhadap kejadian itu dalam tempoh 45 hari.

Kredit Foto: The Financial Express

Beberapa orang, termasuk anggota polis, cedera manakala Pathan berusia 45 tahun meninggal dunia apabila 15 ribu orang membanjiri stesyen keretapi semata-mata mahu melihat Raja Bollywood ini.

Kredit Foto: The Financial Express

Sumber

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry