Mael XPDC atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim ditemui rebah di rumahnya. Mael yang merupakan bekas penyanyi kumpulan rock terkenal XPDC, dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor dengan menggunakan ambulans.

Menurut laporan dari Utusan Online, teman rapatnya yang dikenali sebagai Mad Rox memberitahu Mael kini berada di Wad Kecemasan untuk rawatan.

IKLAN

Saya mendapat panggilan dari hospital kira-kira pukul 11.40 pagi tadi memberitahu bahawa Mael telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Difahamkan, Mael rebah ketika berada di rumahnya kerana keadaannya begitu lemah selepas tidak makan disebabkan sakit gout yang dihidapinya.

Mad Rox sudah memaklumkan pada keluarga Mael dan anaknya Syed Israfil dalam perjalanan menuju ke Muar.

Sekarang ini anaknya, Syed Israfil telah dimaklumkan keadaan yang menimpa ayahnya dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Muar, – jelas Mad Rox yang merupakan kenalan rapat Mael.

Tambahnya, sepanjang mengenali Mael, vokalis itu tidak menghidapi sebarang penyakit serius selain gout.

Tahun lalu vokalis kumpulan rock terkenal era 1990-an ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 0.46 gram dan monoacetylmorphines seberat 0.06 gram. Bagaimanapun dikehendaki menjelaskan wang jaminan RM8,500.

Sumber