Program TV berbentuk hiburan sekeluarga ini sememangnya mempunyai jumlah penonton yang tinggi di Malaysia. Running Man terbitan stesen TV Korea Selatan ini bukan sahaja mempunyai pengikut dari kalangan Kpop sahaja, malah terdiri daripada penonton pelbagai usia dan bangsa.

Nama-nama seperti Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong Kook, Haha, Lee Kwang-soo, Gary Kang dan Song Ji-hyo sentiasa meniti di bibir setiap peminat rancangan ‘game show’ ini.

IKLAN

Telatah mereka yang melucukan menjadikan rancangan ini sentiasa ditunggu-tunggu.

Baru-baru ini, salah seorang daripada bintang rancangan tersebut, Jong Kook telah berada di Malaysia bersama ibunya untuk menghadiri sebuah rakaman realiti show terbaharu.

Ibunya telah mencuri perhatian orang ramai apabila mengenakan hijab ketika sesi pengambaran.

Saya pun tidak menyangka ibu saya mempunya wajah yang bulat, malah dagu ibu saya seakan berbentuk ‘V’.
Inilah kelebihan berhijab, menjadikan ibu saya tampak lebih manis dengan dagu berbentuk V,” kata Joong

Sumber