Pada bulan Mac 2016, 23 orang perserta telah diletakkan di kawasan pedalaman Tanah Tinggi Scotland untuk sebuah rancangan realiti TV yang dikenali sebagai Eden.

Eden yang diterbitkan oleh Channel 4 merupakan rancangan ala-ala Survivor dan pesertanya diletakkan di kawasan pedalaman tanpa bekalan elektrik dan peralatan moden.

Foto Kredit: RealClearLife

Selepas empat episod disiarkan, rancangan tersebut dibatalkan kerana mendapat rating yang rendah. Lebih mengejutkan tidak ada peserta telah dimaklumkan perkara ini.

Foto Kredit: RealClearLife

Semua peserta terbabit ditemani oleh empat kru dan mereka terpaksa berdikari untuk hidup. Walaupun rancangan itu dibatalkan, peserta tidak dimaklumkan dan mereka terus berada dalam hutan.

13 daripada peserta terbabit telah meninggalkan hutan disebabkan pelbagai faktor termasuk kebuluran. Namun sehingga kini tiada seorang pun daripada peserta tersebut menceritakan pengalaman mereka sewaktu terperangkap di dalam hutan.

Sumber

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry