• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Selepas Didakwa Tidak Memberi Nafkah, Kini Suami Serina Buka Mulut

by Phic ARMAN
April 17, 2017
Share on Facebook

Seperti mana yang kita sudah ketahui,  rumahtangga pelakon Serina Datuk Redzuawan dan suaminya Gavin O’Luanaigh bakal berakhir dengan penceraian. Walaupun Serina menafikan isu ini namun hal rumahtangga pasangan ini mendapat liputan meluas dari bapanya sendiri  Chef Wan.

Menerusi kenyataan yang dibuat Chef Wan di akaun Instagramnya mendakwa Serina kecewa kerana suaminya tidak memberi nafkah. Chef Wan sendiri pernah memberi nasihat kepada menantunya supaya menjadi suami yang baik namun tidak dipedulikan.

Seperti yang didakwa,  tidak memberi nafkah menjadi topik utama di dada akhbar punca pergolakan rumahtangga pasangan ini. Dengan hanya mendengar sebelah pihak, tidak semestinya kenyataan boleh dijadikan suatu bukti yang kukuh.

Terpalit dengan kenyataan negatif ini, suami Serina, Gavin telah menulis surat secara terbuka kepada sebuah portal berita dalam talian Free Malaysia Today. Surat tersebut merupakan luahan isi hatinya dan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan bapa mertuanya, Chef Wan.

Saya tahu dia tidak mahu menjadi suri rumah dan Serina memang dilahirkan untuk menjadi seorang bintang, dan saya menyokong penuh pilihannya dan amat berbangga dengannya. Sepanjang hidup kami sebagai suami isteri, saya bekerja keras  untuk menguruskan segalanya demi keluarga dengan menyediakan ‘penthouse’ enam bilik tidur, membayar semua bil-bil, menyediakan pembantu rumah,  dan juga memastikan bahawa kedua-dua anak-anak kami  ke sekolah antarabangsa supaya mereka dapat pendidikan yang terbaik.

Gavin turut memaklumkan bawah Serina sendiri mempunyai pendapatannya sendiri dan dia tidak pernah sesekali mengambil kesempatan dengan kemampuan isterinya.

Sememangnya Serina mempunyai pendapatannya sendiri yang agak besar sebagai perbelanjaannya untuk diri sendiri. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, tidak pernah saya terfikir untuk menggunakan wangnya untuk kepentingan diri sendiri.

Namun isu keretakan rumahtangga ini bermula apabila tiba-tiba Serina minta wang saku tambahan untuk perbelanjaannya.

Saya akan menjadi terkejut jika apabila Serina telah meminta wang saku tambahan dan perkara sebegini tidak pernah berlaku dan kami tidak menjadikan sebagai isu besar.

Serina mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari rumah pada bulan Januari 2016 dan memohon perceraian.

Saya tidak menolak jika pergolakan rumah tangga saya disebabkan oleh orang ketiga yang mencampuri privasi perhubungan kami.

Gavin berharap bahawa media dan orang ramai boleh memberikan ruang pada keluarga mereka untuk membetulkan keadaan lebih-lebih lagi demi anak-anak yang masih kecil.

Kebenaran Terbukti! Chef Wan & Serina Menang Kes Fitnah Termasuk Tuduhan Pedofilia

Serina telah mendirikan rumah tangga bersama Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Kami berharap hubungan Serina dan suaminya dapat dipulihkan demi anak-anak mereka. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.

Sumber

chef wanGavin O’Luanaighserina berceraiserina chef wanViral
https://lomp.at/id1bg
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore