Sudahkah anda mendengar single terbaru Agnez Mo yang berjudul ‘Sebuah Rasa’?Penyanyi popular yang berasal dari Indonesia ini yang sering membawa lagu balada telah mengubat kerinduan peminatnya yang menantikan lagu baru darinya.

Lagu ini merupakan ciptaan dari pemuzik handal Dewiq dengan gubahan dari Erwin Gutawa, jadilah ‘Sebuah Rasa’ yang dapat mewakili perasaan pada pasangan yang sedang bercinta dan bait-bait lagu untuk meyakinkan sang kekasih dari godaan orang ketiga.

IKLAN

Selepas lagu ini semakin popular dan telah menembusi pasaran seluruh dunia, nyanyian oleh diva No. 1 Indonesia ini ditangisi oleh pendengar dari seluruh dunia kerana dalamnya emosi lagu ini.

Jom lihat beberapa video dari laman Youtube yang menyaksikan bagaimana reaksi wajah pendengar buat pertama kali lihat video muzik Agnes. Ada yang mengalirkan airmata malah tergamam dengan kehebatan vokal penyanyi ini.

Seorang selebriti dari negara Filipina tidak dapat menahan sebak ketika mendengar bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Agnez walaupun dia tidak memahami lirik lagu tersebut.

Seorang wanita dari Kanada ini seolah-olah tidak menyangka kehebatan vokal Agnes sehingga menyebabkan dia tidak mampu berkata-kata kerana tergamam.

Lelaki muda ini juga terkedu selepas melihat persembahan Agnes Monica yang sungguh menyentuh hati.

Dua gadis dari india ini terkesima selepas melihat video Agnes Monica sehinga mereka bercadang untuk menyertai Kelab Peminat Agnes Monica.

Dan masih banyak video reaki dari seluruh dunia untuk lagu ‘Sebuah Rasa’, dan hampir kesemuanya baik laki-laki mahupun perempuan menangis, walaupun tak faham bahasa
yang dinyanyikan. Lagu tersebut telahpun diperdengarkan di corong-corong radio di Amerika Syarikat dan sehingga kini lagu tersebut dapat sambutan yang menggalakkan.

IKLAN