Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Wajib Tonton! 7 Filem Inspirasi Sukan Dari Kisah Sebenar Pilihan Hangat

by Rory Kim
April 25, 2017
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Terdapat banyak kategori filem yang dihasilkan dari pengarah dan penerbit seluruh dunia. Ada yang menceritakan kisah percintaan, perniagaan, peperangan dan pelbagai lagi kerana kisah dunia ini cukup luas. Namun apa yang menarik mata dan fikiran penulis ialah filem berkonsepkan dari sukan.

Siapa sangka sukan bukan hanya melibatkan aktiviti atau gerakan badan ia juga merangkumi dari aspek emosi, kekeluargaan dan yang paling penting sikap tidak putus asa walauapa pun terjadi!

Penulis highlight kan 7 buah filem adaptasi dari kisah sebenar dunia kesukanan yang membuatkan bulu roma anda meremang. 

#1 Race

Mungkin anda tidak pernah nama Jesse Owens, tapi tahukah anda dia antara lelaki terpantas didunia tanpa ada seorang pun yang mampu memecah rekod masa dia selama 25 tahun. Walaupun berhadapan dengan isu perkauman dan politik kuasa Nazi pada ketika itu, Jesse tidak pernah mengalah sehingga menjuarai aktiviti olahraga pada Temasya Olimpik tahun 1936 di Berlin, Jerman. 

YouTube video

#2 127 Hours

Aron Raslton gemar melakukan sukan lasak dan agak ‘mementingkan diri sendiri’. Akibat kecuaian dirinya sendiri, dia terperangkap di celahan batu canyon di Utah. Selama 5 hari tangan kanannya tersepit pada batu yang jatuh dan membuatnya dia mengambil tindakan drastik untuk memotong tangannya sendiri! Sepanjang 127 jam Aron kembali mengimbau kenangan bersama keluarga dan beberapa perkara yang dikesalinya. 

YouTube video

#3 Million Dollar Arm

Dari sikap hanya mencari keuntungan perniagaan semata-mata, hidup  J. B. Bernstein seorang ejen sukan mula terumbang-abing apabila syarikatnya mula goyah. Dia mula terdesak mencari idea untuk memulakan kerjaya baru sehinggalah dia mula merancang pertandingan mencari bakat terbaru dalam sukan baseball. Pencarian dia bermula di negara India dimana rakyatnya lebih terkenal dengan sukan kriket. Dua anak muda India Rinku Singh dan Dinesh Patel terpilih, malangnya pelbagai cabaran dan sikap jakun kekampungan mereka harus diatasi oleh J.B. P/s: John Hamm hot gila!

YouTube video

#4 The Blind Side

Untuk anda yang sukakan sedikit drama, filem The Blind Side adalah sebuah kisah benar seorang remaja kulit hitam gelandangan yang dijadikan anak angkat kepada keluarga wanita kulit putih. Dia dibesarkan dengan penuh kasih-sayang walaupun berbeza warna kulit dan dia adalah Michael Oher yang kini atlet ragbi All American paling hebat di Amerika Syarikat. 

[REVIEW] Filem Martabat: Misi Berdarah - Penghargaan Buat Warga Belakang Tabir
YouTube video

#5 Rush

Diambil dari kisah sebenar permusuhan antara dua pelumba kereta Formula One 1976 James Hunt dan Niki Lauda. Ketika itu, sukan ini bukan sahaja dilihat pada bakat malah rupa ianya bonus buat pelumba James Hunt yang hidupnya lagak selebriti berbanding Niki Lauda. Namun disebalik persaingan ini anda dapat lihat mereka sebenarnya membantu antara satu sama lain. 

YouTube video

#6 Unbroken

Ya, peperangan memang sesuatu yang kejam dan memusnahkan. Filem yang diarahkan oleh Angelina Jolie ini mengimbau saat-saat kejam peperangan dunia kedua.  Louis “Louie” Zamperini, atlet Olimpik Amerika Syarikat yang pernah menjadi tahanan perang dunia kedua diseksa teruk dan juga pernah disua untuk dijadikan tali barut perang. Filem ini menceritakan sendiri teknik kejam tentera Jepun menyiksa tahanan. Namun apa yang terkesan di hati penulis, pada tahun 1998, Louis yang ketika itu berusia 81 tahun membuat larian obor Olimpik pada Temasya Olimpik Musim Sejuk di Nagano, Jepun. Dia tak pernah mengalah… 

YouTube video

#7 Ola Bola

Boleh dikatakan ini filem yang membanggakan rakyat Malaysia. Filem yang diinspirasi dari kejayaan skuad bola sepak negara pada Temasya Olimpik 1980. Berbeza kaum, warna kulit dan budaya tidak membataskan segalanya. Ola Bola berjaya mengetengahkan semangat kesukanan yang semakin dilupai oleh rakyat Malaysia. 

YouTube video

Semua filem ini adalah pilihan peribadi penulis, jika anda punya filem yang lain kongsikan dengan kami di murai.my. Akhir kata dari penulis selamat menonton dan pastikan yang original! 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
filem hollywoodfilem kisah benarfilem malaysiaHiburaninspirasisukansukan olimpikViral
https://lomp.at/f28sb
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem